Ahad, 2 Oktober 2011

SAKTISM

Pada Jumaat yang lepas saya telah berjumpa dengan saudara Awang di restoran lotus sambil mengambil cd (Saktism - The Unhailling Voice) yang dikirim kan oleh saudara Seyrol Nizam selaku vokalis band Saktism. lama juga menunggu cd ini sampai ke tangan aku mungkin kerana ada sedikit masalah teknikal apa2 pon terima kasih kepada Seyrol & dan Awang.



nak cerita sikit mengenai band nie yang telah pon selesai bermain di Asian Abomination Tour 2011 bersama Impiety di Serawak dan sebelum itu di SIAMESE TRUE METAL FESTIVAL 2011 Thailand banyak band yang hebat2 juga yang bermain di sana, rasanya tak terlewat untuk aku ucapkan tahniah komitmen anggota band ini, kerana apa yang aku tahu untuk bermain di luar dari negara sendiri amat payah jika komitmen antara anggota kumpulan tidak sehaluan. Di sini jelas menunjukan dan aku rasa band nie boleh berjaya serta boleh pegi jauh.

Band nie di anggotai oleh:-


SAFF on GUITAR
NASZ on BASS
REON on DRUM
SEYROL on GUITAR/VOMIT

mereka memainkan musik Blackend Thrash Metal ( bagi aku masih masih boleh di labelkan melodic black metal juga cuma tak ada keybord jer), aku suka dengan lagu dalam track pertama yang bertajuk The Judgement Day berbahasa melayu buat aku teringat pada band Langsuir album the eastern cruelty ( band lama Dr Ben)


untuk mendapat kan cd ini atau maklumat lebih lanjut boleh lah melawat di sini:-


Forum Awam tentang klef & Hari Keluarga CLAPAM

Pada 1 Oktober 2011 aku dengan sekeluarga menghadiri Hari Keluarga CLAPAM & Forum awam tentang klef, tahun nie aku di fahamkan syarikat Exxon Mobil (Esso) telah berkerjasama dengan persatuan CLAPAM tahniah.. harap tahun depan lebih banyak lagi syarikat2 dan ahli2 koperat akan berkerjasama dengam persatuan ini.. kalau nak tau apa itu CLAPAM sila ke sini http://clapam.org.my/mal/
nie la Muhammad Affan Iman cerita nya di sini http://muniff80.blogspot.com/2011/01/selebar-kasih-sekalung-budi.html
pertandingan mewarna last sekali aku yang warnakan tapi tak menang pon tak per la tahun depan cuba lagi..


ramai juga keluarga yang mempunyai anak yang klef hadir, memang seronak sambil bersembang dan bertukar- tukar pengalaman tentang anak yang klef.

Sabtu, 1 Oktober 2011

AL- AZAZHIL




Dah lama jugak aku simpan cd2 band nie untuk aku komen, maklumla bila nak komen kena dengar betul2, bila nak dengar betul2 masa pulak kurang sesuai, kekadang badan pon dah letih masa balik kerja, kalau hari minggu sabtu ahad lagi la aku letih maklum la keluarga pulak kena dilayan memang letih la.




ok berbalik pada cerita cd2 nie aku dapat dari Syaf Suhaime memang dah lama aku mintak hingga aku pon dah terlupa sehinggalah Syaf Suhaime mengirimkan sendiri pada aku ( dia sendiri pon lupa hahaha). Band nie di anggotai oleh The Deathness(vocal),Syaf azazhil(Guitar,Keyboard),Dharakhdhara(Drum),Moonlakhnat(Bass),Mandatory Ibblisiah(Guitar) tang nama nie memang dahsyat ya amat..hahaha

aku mula kenal band nie masa hadir di satu gigs( dalam gambar yang aku ambil nie) jadi aku mendengar band ini secara live memang lain dari yang lain dan membuatkan aku teringat satu band dari singgapura As- sahar memang seakan akan ( jgn marah yer aku pon minat As- sahar dan selalu jugak dulu zaman muda2 dulu jamming lagu 2). dan dari situ lah aku menghubungi Syaf untuk mendapatakan lagu band nie.



Baik lah nak cerita mengenai musik Al - Azazhil nie bila aku dengar secara keseluruhannya semua cd yang di beri bagi aku yang tak pandai komen nie memang tak ada cacat celanya, aku mungkin boleh melabel kan musik band nie sebagai Eastern Black Metal yang bermelodi yang mempunyai ciri2 ketimuran cewah hehehe.. senang cita la kalau korang minat As- Sahar korang mesti minat band nie ok ( payah sangat nak cerita)


dan band nie dah keluarkan byk material sangat rajin bekerja.. bagus la korang nie..


AL- AZAZHIL - Nymphomaniac single 2011


AL-AZAZHIL - mystical hymn through the darkest years ov azazhil 2010

AL-AZAZHIL - Dieyana Possessed (single 2010)


AL-AZAZHIL - Beyond Doomsdays EP 2009

boleh berhubung :-





Halaman