Selasa, 3 Disember 2013

BALIK KAMPUNG AKU KAMPUNG BERMIN TAPAH PERAK.

Pada 29/11/2013 Jumaat petang lebih kurang jam 5.30 petang aku bertolak ke Tapah Perak. Bertolak dari Pandan Indah Rumah mertua sampai di hentian Tapah pada jam 7.00 mlm lepak kejap minum2 isap rokok sebatang dua. kemudian gerak semula ke Kg Bermin iaitu kampung aku yg nak pegi nie.Pada asalnya aku planing nak datang bersama Yunus Ajal dgn Hantu Kepalang tapi hati depa kecik atau mungkin ada masalah peribadi gamaknya. jadi aku bertolak sorang lah jadinya. 
Aku balik menaiki motosikal yg baru 6 bulan aku beli masuk kali nie sudah dua kali aku balik naik motosikal nie best jugak layan naik moto nie rilek  jer. buat pengetahuan korang aku balik sorang jer baru lone ranger.
 balik kali nie pasal ada kenduri perkahwinan makcik aku yg paling kecik lagi pon musim kenduri nie lah baru best balik pasal member dan saudara mara ramai yg balik jadi mmg meriah lah suasananya.
di kampung aku nie masih lagi mengamalkan majlis kenduri kendara secara bergotong royong dari memasak sehinggalah bab memcuci.
Lepas habis cuci pinggan nie la part yg best jugak makan makanan pengantin ayam golek 2 yg best.
lepas makan kita pegi mandi sungai  ini sungai Batang padang  Tapah  jalan kaki dari rumah aku 5minit jer air jernih banyak ikan mmg sejuk bro  sapa yang minat boleh la set time datang sini port tidur semua aku boleh sediakan.
bagi aku sungai nie lah yg paling aku suka dari zaman aku kecik sampai aku dah berumah tangga. ini lah tempat untuk aku lari dari kesibukan kuala lumpur. korang boleh tengok sendiri pemandangannya kalau x best jugak tak tau ler nak cakap macam mana.

Pada 1/12/2013 aku bertolak semula ke Kuala lumpur cuaca agak hujan sedikit dari Tapah sampai Kuala lumpur basah kena hujan tapi hati tenang setenang air sungai kampung aku tu. Di pahamkan di kuala lumpur hari tu ada gig di Sunway mentari.












Halaman