|
Bersama Erik Hedrasil/Kemolorg semasa bermain di Gig September Moon |
Lama sangat dah tak update blog nie, kadang kadang time takder kerja idea datang untuk menulis bila dah depan komputer terus jam tak tau la apa masalahnya. penah satu masa sedang saya bawak motor datang idea untuk menulis mencurah curah siap boleh terbayang rangka-rangka penulisan yang saya nak buat umpama macam hayalan jer rupanya. tapi bila dah sampai di rumah apa yang saya pikirkan masa saya menunggang motor tu hilang macam angin yang lalu.Jadi untuk itu saya cuba hari ini untuk menulis semula umpama mcm mengasah bakat semula. Mungkin juga saya jadi begini kerana kesibukan waktu di luar di mana perbezaan dua tiga tahun dulu dan sekarang adalah amat berbeza. dan boleh dikatakan dulu lain sekarang lain macam lagu SM Salim. mungkin dulu saya nie banyak habiskan masa di rumah waktu tu aktiviti di luar masih kurang saya pon masa tu x ada apa benda yg boleh saya fokus mcm sekarang dimana buat masa sekarang saya sibuk dengan projet projet Underground, Band, Gig, label,jamming dan menjadi pengerusi bagi JMB Aparment saya sendiri. banyak masa di habiskan bersama keluarga dan rakan rakan di luar sehingga kan untuk laman sosial mmg semakin kurang,