Khamis, 17 Mac 2016

MENCUNGKIL SEMANGAT YANG LAMA TERPENDAM (GUNUNG STONG KELANTAN)


Pada hari Khamis 10/03/2016 jam 10.00 malam aku dengan beberapa orang kawan satu jabatan bertolak menaiki bas bertolak dari Kajang ke Kelantan so perjalanan ada berhenti di beberapa tempat mungkin untuk makan dan ke bilik air mungkin kerana bas yg dinaiki terlalu sejuk pada waktu malam.Ok yang aku ingat dan aku sedar bas berhenti lama di hentian Gua Musang sehingga kami solat subuh dan bergerak semula ke destinasi yang perlu kami sampai. 
Nie Group Kajang

Nie  Lop member dari Taiping dulu kami satu team. 
Untuk makluman aku sepatutnya datang berdua dengan patner aku tapi last minit dia batal penyertaan atas alasan adiknya eksiden jadi aku datang secara solo tanpa ada team segalanya aku buat sendiri dari membawa khemah dan peratan memasak serta makanan jadi bag aku memang berat sangat.
Nie time aku dah start mendaki ke Kem Baha.

Boleh tahan dia punya pacak.
Aku sebenarnya memang dah lama x mendaki tahun terakhir aku mendaki iaitu pada tahun 2004 aku naik Gunung Tahan ( Merapoh - Kuala Tahan ) dan sebelum tu aku ada naik Gunung Ledang, Gunung Bubu dan Gunung Ulu Jernih. Jadinya aku memang takut juga jika tak sampai ke puncak maklum la badan dah semakin besar, tapi Alhamdulillah semangat masih ada mental masih power.
Encik Lop jadi Quater Master untuk acara ini

Menu pagi sebelum mendaki Bubur Jagung +Bubur Gandum, baked bean dan telur hancur.

Tu gambar khemah aku yang tak sepatutnya aku bawak boleh muat 4 org. ini semua kerana member aku yang tak jadi datang so aku kena tanggung sorang2 bos.. 
Bersiap mengemas barang2 

ambik gambar sikit

Gunung Baha nie aku tanya guide kat situ dia cakap asal nama orang yang bukak jalan ke gunung tu. Gunung Baha nie ceritanya aku sampai disini pada jam 10.00 malam pasal aku mmg tak larat jalan 10 minit melepak 20 minit jadi aku terlepas untuk naik ke gunung Ayam jadinya trip kali ini hanya ke gunung Stong sahaja lain kali ada jodoh kita naik ke Gunung Ayam. Jadinya disini aku bermalam dan esoknya baru bergerak ke Gunung Stong.


pemandangan dari Puncak Stong

tupai




nie gambar team guide tengah minum sambil tunggu team2 lain bergerak.

nie Nazri kawan aku jugak masa di taiping skang bertugas di Sungai Petani dulu masa bertugas di Taiping kami sama2 main band Jabatan  selalu lepak rumah dia untuk prektis gitar dan lagu baru selalu jugak aku makan minum kat umah tu kira dia nie banyak jasa masa zaman aku daif dulu. Dan sekarang nie Nazri nie dah ada 5 orang cucu dah jadi tokwan.






Lepas naik Stong kami turun semula Kem Baha bermalam satu hari lagi keesokan harinya dari Kem Baha turun ke resort untuk balik ke destinasi masing balik rumah la..rumusanya pendakian untuk kali ini ada beberapa kesilapan 1.bawak lebih muatan sampai susah nak mendaki, 2.aku mmg tak training hahaha, 3.Jangan percaya sangat dgn budak yg kita x kenal yg mana tiba2 nak ikut kita naik gunung padahal dia sendiri pon tak pernah naik gunung sebelum itu. jadi kalaunak naik gunung elok naik dengan org yg mmg kita tahu dia suka benda tu. Plan yg seterusnya aku sangat berhajat untuk naik ke gunung Korbu di Perak.

Halaman