Rabu, 28 September 2016

AINUL MARDHIAH



Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.


Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, Di manakah saya berada sekarang? Lalu lelaki itu menjawab, inilah Syurga.

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya, Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, Adakah saudari ini Ainul Mardiah?

Wanita itu menjawab, Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar benar dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata: Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga.

Rabu, 7 September 2016

PULAU SEMBILAN BAGAN DATOH PERAK CAMPING & FISHING

Pada 2 September 2016 lebih kurang jam 8.30 pagi kami berolak dari jeti Bagan Sungai Burong di Daerah Bagan Datoh  ke pulau 9, untuk pengetahuan semua pulau sembilan ni memang ada 9 pulau dan pulau yang aku pergi ni namanya pulau Lalang ok pulau ni pantainya panjang dan luas diantara pulau-pulau yang lain dari jauh pulau ni kita akan nampak macam seekor kura-kura hahaha lebih kurang macam tu la gambaran pulau ini. Ok untuk pengetahuan korang aku mmg dah lama nak sangat pergi ke pulau ini mungkin dari aku kecik lagi teringin sangat nak pergi tapi mmg tak ada peluang. Pulau ni mmg banyak mitosnya mcm-mcm yg aku dengar dari zaman kecik lagi semasa aku duduk di Bagan Datoh dulu. Perjanan dari jeti ke pulau pada pagi itu mengambil masa lebih kurang setengah jam kami naik bot laju tapi hari tu cuaca agak bergelora jadi bila naik bot tu rasa macam nak melambung masa tu pulak ada hujan sedikit sampai ke pantai pon masih hujan jugak.
ok nie gambar masa kat atas jeti Sungai Burong Bagan Datoh dari Kiri : Cik Oun, Cik Det, aku , Fazly, Tokey besor Joi, Daim dan Wan Jijan
ni gambor cedok internet

Kalau ikut rancangan asal kitaorang nk lepak kat Pulau Rumbia tapi minggu yang kami pergi tu ada latihan tentera laut jadi kami di hantar ke Pulau Lalang. Ok aku nak cerita lagi member aku cakap pulau sembilan tu tempat orang bertapa ada yang cakap tempat orang buang saka dan macam macam lagi cerita yang pelik memang kalau nak ikutkan mmg seram jugak bila dengar ceritanya tanpa kita pernah sampai di situ ohh aku lupa satu lagi depa cakap pulau tu perlukan korban manusia, masa aku kecik dulu masa tu aku penah tengok beberapa mayat orang mati lemas yang di bawa dari pulau sembilan ke tempat aku di Jeti Bagan Datoh ada yang cakap itu semua korban di Pulau itu hahaha tapi sebenarnya itu semua dah sampai ajalnya.



Boleh nampak pulau dari sini belah kiri tu.
Semua tengah semangat 

ini masa kita semua nak bergerak ke pulau sembilan
Sampai je kat pulau pungah barang barang aku rilex kejap pasal terkejut punya pasal aku sebenarnya tak pernak naik bot yang melambung macam tu bot tu melambung tinggi masa langgar ombak rasa mcm bot tu akan terputus dua hahaha..lepas rilex aku dengan wan jijan dan fadly naik kan khemah yang aku bawak 2 set  satu set boleh duduk dalam 8 orang mmg besar khemah tu. khemah tu pulak aku pinjam dari adik pompuan aku yang duduk kat Kuala Selangor dia tu pon kaki camping jugak minggu depan dia dah nak kawin lepas kawin ni aku tak tau la laki dia bagi camping lagi ke tak hahaha..
berkemah dalam khemah mmg kelakar kalau diikutkan benda nie banyak member aku yang tak boleh nak terima perkara nie.hahaha
Kalau korang tengok gambar khemah tu mesti pelik ramai kawan2 aku pelik bila aku tunjukan gambar nie. sebenarnya  khemah nie mmg dah siap ada dan pulau ni sgt kecik sepanjang pantai nie semuanya mcm nie so nak taknak kena buat pasang khemah dalam khemah kalau nak bukak kat depan khemah yang besar tu nt air laut naik tidur dalam air pulak lagi naya..apa apa pon korang yang tak pernah pergi kena pergi baru tahu macamana keadaan pulau tu..
ikan hasil dari menjala waktu mula mula sampai yang nie kami goreng habis.


Ikan yang ni diorang menjala waktu petang ikan ni last sekali jadi ikan masin bagi pada Wan Jijan mak dia nak buat ikan masin  pasal mmg dah tak lalu nak makan ikan
ni Ikan Julung diorang cakap la aku mana kenal ikan nie kami naikan dalam 5 ekor
Petang kami memancing memang semua bawak pancing cuma Wan Jijan je yang tak bawak mungkin pasal dia dah boring dengan ikan kot yer la dia mmg kerja pegawai perikanan kat Bagan Datoh hari hari tengok ikan .

petang tu jugak depa cari kayu dan bakar ikan tu grill tu kami jumpa kat tepi pantai basuh lebih kurang  kasi nyala api lepas tu kasi bakaq la..
tuh dia first time aku makan ikan nie ini spisis ikan todak yg bestnya tulang ikan nie kaler biru  mmg terkejut aku tengok  ikan ni penuh dengan isi saja lemak manis semua cukup la rasanya mula mmg takut jugak nak makan tapi member cakap ikan tu sedap  aku bedal la jadi malam tu aku masak megi goreng tapi tu la gambar masakl memsak mmg kurang.


Malam tu Joi Mancing dapat sotong dua ekor ingat kan dia main rupanya mmg betul dapat sotong masa tu apalagi semua geng yang tengah rilex masing-masing capai pancing masing semua tukar umpan candat tapi semua gagal hanya si Joi je yang berjaya untuk malam tu.

Halaman