⚜️
⚜️
⚜️
Dlm latihan kepimpinan pemimpin pengakap @ sumber dewasa, ada skim latihan khusus yg dinamakan MANIKAYU..
Manikayu ini sebenarnya adalah BADGE KHAS utk pemimpin yg telah lulus kursus tertentu..
Ada sejarah menarik berkaitan manikayu ini..
Secara ringkas, 'bead' yg boleh dipakai adalah 2 butir, 3 butir, 4 butir, 5 butir dan 6 butir manikayu..
Biasanya di kalangan pemimpin, hanya memakai 'bead' 2 butir hingga 4 butir sahaja...
Ada atau tidak pemakaian 1, 5 dan 6 butir manikayu?
Sebenarnya ada.
Ada kisah yg sgt menarik di sebalik pengalungan semua jumlah 'bead' yg 'rare' ini, iaitu 1, 5 dan 6 bead..
Asalnya dipakai di topi pemimpin pengakap, setelah lulus ujian tertentu..
Setelah BP 'mendapat' manik-manik kayu DINIZULU (ketua suku kaum Zulu yg dikalahkan BP masa perang di Afrika Selatan), maka BP mendapat idea menggunakan manik-manik kayu DINIZULU tersebut sebagai sebahagian dari manikayu yg dikalungkan pada leher pemimpin yg lulus kursus pengakap tahap tertentu..
Dalam catatan awal Sejarah Pengakap juga ada menceritakan anekdot menarik tentang jenis material yang pernah digunakan, warna manikayu, tali ikatan manikayu dan kisah mistik @ kuasa luar biasa yg dikatakan sebagai simbol KEHEBATAN seorang pahlawan suku kaum zaman silam yg lulus ujian keberanian dan memakai manikayu sebagai suatu simbol status kepahlawanan..
Seiring perubahan masa, pemahaman kita mgkn telah berubah khususnya tentang pemakaian manikayu. Kini, ia dianggap sebagai suatu bentuk tauliah atau 'badge' bagi pemimpin yg lulus kursus tertentu dalam skim latihan pemimpin pengakap..
Asalnya pemimpin yg lulus akan dianugerahkan 2 butir manikayu, 1 adalah mewakili ilmu pemimpin yg lulus kursus tersebut dan 1 lg diberi oleh pemimpin pengakap yg menganjurkan kursus, ertinya ..yg menjadi ketua kursus mestilah memiliki lebih byk ilmu @ 'bead'...
2 butir manikayu yg dimiliki pemimpin yg lulus kursus mewakili 1 bead ilmu pemimpin tersebut dan 1 bead ilmu pemimpin atasan yg lebih berilmu...
Biasanya, pemimpin tidak dibenarkan pakai 1 bead sahaja, jika pakai ..bererti ilmu tidak cukup, kerana tidak diperakukan oleh pemimpin yg lebih berilmu (dlm hal ini, pemimpin @ pengakap mestilah lebih berilmu dan berpengalaman, dan ini ditunjukkan dgn memiliki lebih byk 'bead'..)
Pemakaian 2 butir manikayu MENYEMPURNAKAN ilmu pemimpin tersebut dan layak mengajar ahli pengakap, ilmu pengakap..
Sebab itu, pemimpin yg ingin mengalungkan 2, 3 atau 4 manikayu ke leher pemimpin yg lulus, MESTI mengalungkan dahulu semua kalungan manikayu di leher pemimpin tersebut sebelum dijalankan istiadat khas pengalungan..
Adanya RESTU ilmu dari pemimpin yg lebih berilmu, berkemahiran dan berpengalaman, akan MENGESAHKAN status penerima manikayu tersebut.. sama ada 2, 3 atau 4 butir manikayu..
Begitu juga bila MENCAPAI tahap lebih tinggi, memperolehi 3 atau 4 bead..dgn melepasi tahap yg lebih sukar..
Bgmn pula dgn 5 bead?
Ini akan diceritakan kmdn..
Mengikut rekod Sejarah Pengakap, terdapat beberapa org saja yg pernah memakai 6 'bead' manikayu pengakap...
Dlm penulisan ini, akan dinyatakan 2 yg terawal iaitu BADEN POWELL sendiri dan kemudiannya sahabat dan pembantu BP, iaitu PERCY EVERETT...
Siapakah PERCY EVERETT (PE) ini? Mgkn satu penulisan khas perlu dibuat utk menceritakan siapa PE ini di sisi BP dan jasanya yg besar dlm pergerakan pengakap di peringkat awal, sehingga dianugerahkan sendiri oleh BP memakai 6 butir manikayu sebagai satu bentuk pengiktirafan atas JASA2 PE dlm membantu BP melengkapkan skim latihan pengakap pkt awal sehinggalah yg ada di seluruh dunia saat ini..
Ramai tokoh yg berada di belakang BP yg menyumbang kepada kemajuan pergerakan pengakap di pkt awal... Malangnya, di kalangan ahli pengakap kita MAKLUMAT sebegini hilang begitu saja ditelan masa..
Mgkn sudah sampai masanya lencana2 baru bertemakan sejarah dan warisan pengakap diperkenalkan dlm skim latihan unit2 pengakap kita..
Bukan saja boleh menambah pengetahuan kalangan ahli pengakap kita di pelbagai peringkat, bahkan dpt membuka suatu ruang perbincangan dan penerokaan ilmu terhadap evolusi ilmu pengetahuan, bidang2 kemahiran dan pengalaman pengakap yg digarap dr pelbagai sumber sehinggalah yg ada saat ini..
Pemikiran, falsafah hidup dan pengalaman BP perlu kita selami, supaya kita lebih menghargai apa yg telah pengakap TAWARKAN utk PEMBANGUNAN muda belia di seluruh dunia..
Bukan setakat menguatkan Empayar British pada suatu masa dahulu, bahkan apa yg pengakap tawarkan terutama dlm skim latihan pemimpin @ sumber dewasa kini telah menjadi tunjang membentuk karekter warganegara yg unggul bg negara2 dlm empayar yg kemudiannya mencapai kemerdekaan selepas itu..
Siapa kata BUTIR2 MANIKAYU itu butir2 kayu yg TINGGAL DIAM DI DADA?
Sebenarnya itu adalah TANGKAL AZIMAT penyelamat negara dan bangsa yg DIRANCANG oleh seorang genius bernama BP..
Hargailah...TANPA SEJARAH, KITA UMPAMA JASAD TANPA BAYANG - BERGENTAYANGAN PERSIS PUAKA YG MENAKUTKAN..
Benarlah kata cerdik pandai : KITA MENJADI MUSUH, PADA PERKARA YG KITA TIDAK TAHU..
Kenali sejarah dan warisan pengakap kita, PASTI kita akan menghargai apa yg telah kita lalui dlm berpengakap...
"Once A SCOUT, SCOUT forever..."
⚜️
⚜️
⚜️
Written by:
AZRIL NURMAN ABU BAKAR
ASC Arkib dan Rekod
PPM Negeri Selangor
21 November 2022
5.15 ptg
Sehari selepas PRU15...