Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Isnin, 12 Jun 2017
Koleksi HADITH SHAHIH: LAILATUL-QADAR.
Koleksi HADITH SHAHIH: LAILATUL-QADAR.
Antara hadis-hadis berkenaan LAILATUL-QADAR :
Hadis 1:
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah Lailatul-Qadar pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)
Hadis 2:
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha pula, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)
Hadis 3:
Dari Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.
“Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (HR. Muslim no. 762)
Hadis 4:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ -أَيْ: اَلْعَشْرُ اَلْأَخِيرُ مِنْ رَمَضَانَ- شَدَّ مِئْزَرَهُ, وَأَحْيَا لَيْلَهُ, وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174)
Hadis 5:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إَيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barang siapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari no. 4/217 dan Muslim 759)
Hadis 6:
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :
كَانَ رَسُوْلُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِيغَيْرِهَا
“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam ke-10 (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” (HR Muslim no. 1174)
Hadis 7:
Dari hadis Abu Hurairah, beliau berkata:
عَنِ النَّبِيِّ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ, وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari (2/709 no.1910, 2/672 no.1802, 1/21 no.35), Muslim (1/523 no.760)
Sudah siap sediakah kita untuk memburu malam yang dijanjikan oleh Allah dimana setiap amalan malam Lailatul Qadar akan dikira dengan 1000 bulan bersamaan dengan 83 thn 4 bulan.
Marilah kita sama-sama berazam untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar ini kerana kita tidak pasti adakah kita akan bertemu lagi malam Lailatul Qadar pada tahun hadapan. Banyakkan berdoa dan kuatkan azam untuk mengapai malam Lailatul Qadar malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang mengetahui kehebatan dan keistimewaan malam tersebut. Jangan sia-siakan usia kita dengan menangguhkan untuk beribadat dan melakukan amal soleh. Jangan. Ingatlah bahawa Firman Allah Ta’ala :
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. [Al Jumu’ah:8].
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah bagi peluang untuk membuat kebaikan namun kita sia-siakan dan terus menangguh-nangguh sehinggalah ajal menjemput kita. Wallahua'lam.
#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
SUNNAH YANG DILUPAKAN: ZIKIR SELEPAS WITIR.
SUNNAH YANG DILUPAKAN: ZIKIR SELEPAS WITIR.
عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِـ { سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } وَ { قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ } فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ " . ثَلاَثَ مَرَّاتٍ .
Daripada Ubay bin Ka'ab r.a: Rasulullah s.a.w akan membaca dalam solat witir surah Al-A'la, Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Selepas memberi salam baginda akan menyebutkan: 'Subhanal Malikil Quddus' (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali.
[Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar,hadis no: 1729].
Dalam riwayat lain, daripada Abdul Rahman bin Abza r.a:
وَيَرْفَعُ بِـ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ " . صَوْتَهُ بِالثَّالِثَةِ
Baginda s.a.w menguatkan suara ketika membaca Subhanal Malikil Quddus pada kali yang ketiga. [Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, no: 1733]
Dalam riwayat lain:
يَمُدُّ صَوْتَهُ فِي الثَّالِثَةِ ثُمَّ يَرْفَعُ
Baginda memanjangkan suaranya dan meninggikan suaranya pada bacaan kali yang ketiga.
[Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, no: 1753]
Imam an-Nawawi berkata:
يستحب أن يقول بعد الوتر ثلاث مرات " سبحان الملك القدوس "
Disunatkan untuk menyebut selepas witir sebanyak tiga kali 'Subhanal Malikil Quddus'.
[Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 3, m/s 508]
Wallahua'lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Benarkah Nabi s.a.w dan para sahabat berperang sambil berpuasa?
Soalan: Ramai penceramah ketika menerangkan semangat puasa mereka menyatakan bahawa lihatlah Nabi s.a.w dan para sahabat tetap berpuasa sekalipun dalam peperangan dan baginda menyuruh mereka berpuasa supaya mendapat pertolongan Allah. Benarkah demikian? –Amin KB
Jawapan: ya, soalan ini sering ditanya kepada saya kerana terdapat ramai penceramah yang menyebut begitu, kata mereka yang bertanya. Untuk menjawab soalan ini;
1. Mari kita baca hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri:
سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ، قَالَ: فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ» فَكَانَتْ رُخْصَةً، فَمِنَّا مَنْ صَامَ، وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ، ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ، فَقَالَ: «إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ، فَأَفْطِرُوا» وَكَانَتْ عَزْمَةً، فَأَفْطَرْنَا
“Kami bermusafir bersama Rasulullah s.a.w ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah) dalam keadaan berpuasa. Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan buka puasa itu lebih kuat untuk kamu". (Kata Abu Said al-Khudri) : “Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah". (Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu (perintah) wajib maka kami pun berbuka.
2. Dalam riwayat Jabir r.a:
إنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى مَكَّةَ عَامَ الفَتْحِ، فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الغَمِيمِ، وَصَامَ النَّاسُ مَعَهُ، فَقِيلَ لَهُ: إِنَّ النَّاسَ قَدْ شَقَّ عَلَيْهِمُ الصِّيَامُ، وَإِنَّ النَّاسَ يَنْظُرُونَ فِيمَا فَعَلْتَ، فَدَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ بَعْدَ العَصْرِ، فَشَرِبَ، وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ إِلَيْهِ، فَأَفْطَرَ بَعْضُهُمْ، وَصَامَ بَعْضُهُمْ، فَبَلَغَهُ أَنَّ نَاسًا صَامُوا، فَقَالَ: أُولَئِكَ العُصَاة
“Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghamim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya. Orang ramai masih menunggu. Ada yang berbuka, ada juga yang masih berpuasa. Apabila sampai berita kepada baginda bahawa ada orang yang masih berpuasa, baginda bersabda: “mereka itu derhaka” (Riwayat Muslim, al-Nasai, al-Tirmizi dll, lafaz ini lafaz al-Tirmizi).
3. Ertinya dakwaan Nabi s.a.w menyuruh sahabat-sahabat berpuasa semasa perang adalah tidak benar. Para penceramah hendaklah berhati-hati ketika menyebut sesuatu fakta berhubung dengan Nabi s.a.w
DR MAZA.
Sabtu, 27 Ogos 2011
Cerita Ramadhan 2011 / 3
Assalamualaikum...Dalam dua tiga hari lagi isyallah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, bagi aku untuk tahun nie dan tahun lepas memang x ada apa2 bagi aku, aku x dapat rasakan keseronokan sambutan hari raya seperti dulu, ini aku rasakan selepas kematian ibu aku. dan utk makluman abah aku pon dah meninggal juga tapi dah lama dah. ( aku nie kira anak yatim piatu la..) jadi ini masuk tahun kedua aku tak balik kampung dan hanya beraya di Kajang rumah aku sendiri. dan mungkin kerana itu aku tidak minat membaca blog yang menceritakan tentang hari raya ker, cerita balik kampung ker, main mercun ker atau sebagainya lah... pedih woooooo..... satu masa nanti korang paham la...
Oleh itu saya Muhamad Muniff & keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan2 bloger, FB & dari mana jua anda berada. kalau nak balik kampung 2 berhati- hati di jalan raya jgn lupa kim salam dgn mak bapak korang..
Jumaat, 26 Ogos 2011
Cerita Ramadhan 2011 / 2
Rabu, 24 Ogos 2011
Cerita Ramadhan 2011 / 1
Salam Ramadhan, sabtu & ahad yang lepas memang letih sikit pasal mengecat sampai pukul 4.00 pagi dan terus besahur. Tahun lepas sepatutnya aku nak mengecat rumah tapi memandangkan org umah bersalin masa 2 , 2 yang tunda ke tahun ini, antara minat aku selain dari musik aku suka juga mengecat rumah dan mengubah suai cara D.I.Y. ( aku tak minat mengemas yang minat mengemas orang umah aku jer haha )

Cat Jotun, cat yang berasal dari negara Norway hahaha tu yang aku minat pada brand nie. memang dah lama aku guna brand nie, harga pon o.k , yang jenis nie baru RM 35.00 untuk 7 liter, tapi kalau yang jenis bekilat sikit dan ada kualiti ( kalau budak 2 conteng boleh lap) boleh mencecah RM 100 keatas untuk 5 liter. tapi aku pakai yang nie pon dah ok.

cermin nie segala bingkai mesti kena turun, yang nie leceh sikit pasal kena bukak dan pasang.

dah 3 tahun tak cat rumah, warna sebelum nie Krim cair.

tahun nie kasi kaler purple ( Jotun/ purple rain)

tambah sikit dekorasi orang umah aku yang pilih
Rabu, 8 September 2010
DAH NAK RAYA DAH RUPANYA.......
tahun nie aku rasa beraya mcm biasa jer tak balik kampung pon, kerana yg pertama org umah masih dalam pantang...
aku sngat bersyukur kepada ilahi tahun nie ramadhan nie aku masih bernyawa dan boleh tengok lagi anak2 aku membesar depan mata...
Alhamdullih muhammad Affan Iman dah semakin aktif, Muhammad Affiq Iman pon dah boleh terima kenyataan bahawa dia dah ada adik, kena jadi abg yg baik bertanggungjawab kepada keluarga..hahah tapi masih berumur 3 tahun 9 bln( umur waktu aku buat entry nie).
menjadi seorang yang yatim piatu nie mmg kekadang boleh emo beb... tengok org lain ada mak bapak kita nie cuma boleh tengok jer la.... menumpang mak bapak org lain (mertua).. kena time nak raya nie mula la teringat rendang yg mak aku masak.. aku ada mintak bini aku buatkn rendang pasal aku teringgin nak makan, aku tak kata rendang yg bini aku 2 tak sedap mmg sedap( untuk bini Aku terima kasih sayang) tapi aku masih tak dapat rasa yg serupa mcm mak aku masak....emo lagi... Al-fatihah kepada kedua ibu bapa ku....amin..
Rabu, 11 Ogos 2010
Marhaban ya ramadhan...
hari pertama nie letih juga...mungkin aku nie dah tua kot, dulu2 ok jer.
Petang nie tak mau beli yg bukan2 mcm tahun lepas. tapi mmg pelik kalau di fikirkn bulan ramadhan nie paling banyak berbelanja berbanding bulan yg lain2..
Petang nie tak mau beli yg bukan2 mcm tahun lepas. tapi mmg pelik kalau di fikirkn bulan ramadhan nie paling banyak berbelanja berbanding bulan yg lain2..
Langgan:
Ulasan (Atom)
