Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2016

KISAH TETAMU

Assalamualaikum..

Cerita hari ini berkenaan tetamu aku memang suka menjemput tetamu datang kerumah contahnya macam minggu nie aku jemput rakan yang tinggal di Kajang datang melepak kat rumah aku sambil tu aku buat sikit jamuan ringan ada sahabat yang datang bawak makanan juga jd banyak makanan yang boleh dikongsi bersama dalam itu juga ada yang datang bawak stuf barang barang metal LP dan CD untuk di jual. Orang umah aku sebenarnya sangat suka jika aku melepak dirumah dengan kawan2 aku dari melepak di kedai mamak memang dia akan offer untuk memasak jamuan tersebut.
aku buat bihun goreng satey tu Wan Bonzer support

Tambah kapsyen

tengah membelek LP ada lebih kurang 5 kotak Sen Lobotomy bawak utk di jual

ini Wan Bonzer yang sponser belanja satey.. terima kasih Wan..

Dah dapat Lp Happy la tu..

Antara member member yang sentiasa bersama Sen Lobotomy , Zarmien dan Ed Navrathos

yang botak tu Dx Zaid orang kuat Campbell komplek dan orang kuat Metalcamp, yang belakang DX tu Amir Noor Tahannus..

cd pon ada satu kotak


yang tengah duduk tu Amir Anguish dan yg duduk kat lantai tu Brother Hepeace ts

Brother DX Zaid Slaydeath





WUJUDKAH HADIS DUNIA INI PENJARA ORANG BERIMAN?

Assalamualaikum Dr.dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.ini hadis atau perkataan ulamak?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.

Itu adalah hadis sahih. Ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya
.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ ‏"‏ ‏
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Dunia adalah penjara orang beriman dan syurga orang kafir.
[Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa al-Raqaiq, no: 2956].
Imam an-Nawawi menerangkan dalam Syarah Sahih Muslim:


مَعْنَاهُ أَنَّ كُلَّ مُؤْمِنٍ مَسْجُونٌ مَمْنُوعٌ فِي الدُّنْيَا مِنَ الشَّهَوَاتِ الْمُحَرَّمَةِ وَالْمَكْرُوهَةِ ، مُكَلَّفٌ بِفِعْلِ الطَّاعَاتِ الشَّاقَّةِ ،
Ia bermaksud setiap orang beriman terpenjara, terhalang di dunia daripada (mengikuti) nafsu dalam perkara yang haram dan makruh. Mereka dibebani dengan tanggungjawab melakukan ketaatan yang sukar.


فَإِذَا مَاتَ اسْتَرَاحَ مِنْ هَذَا ، وَانْقَلَبَ إِلَى مَا أَعَدَّ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ مِنَ النَّعِيمِ الدَّائِمِ ، وَالرَّاحَةُ الْخَالِصَةُ مِنَ النُّقْصَانِ .
Apabila mati, orang beriman akan beristirehat daripada semua ini, keadaan mereka akan berubah kepada apa yang telah Allah sediakan untuknya daripada kenikmatan yang berterusan dan kerehatan yang bebas daripada kekurangan.


وَأَمَّا الْكَافِرُ فَإِنَّمَا لَهُ مِنْ ذَلِكَ مَا حَصَّلَ فِي الدُّنْيَا مَعَ قِلَّتِهِ وَتَكْدِيرِهِ بِالْمُنَغِّصَاتِ ، فَإِذَا مَاتَ صَارَ إِلَى الْعَذَابِ الدَّائِمِ ، وَشَقَاءِ الْأَبَدِ
Adapun orang kafir, sesungguhnya dia mendapatkan kesenangan dunia yang sedikit dan bercampur pula dengan kesusahan. Apabila dia mati, dia akan pergi ke azab yang berterusan dan kesusahan yang selama-lamanya.

[Syarah Sahih Muslim].

Wallahua'lam.

-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Sabtu, 26 Januari 2013

Blender ku...

sebagai gambar contoh.

salam aku terpanggil untuk menulis, kali ini tentang blender, aku x suka makanan yg di buat banyak  menggunakan mesin blender. aku lebih suka  masakan di potong halus atau di tumbuk mengunakan lesung batu. Penggunaan mesin belender adalah seperti menuju jln singkat serta sangat berbahaya. yg penting aku x suka mesin blender. Mesin blender nie membuatkan suri rumah menjadi malas.Ok sekian terima kasih.

Isnin, 26 September 2011

cucur badak 12.00 mlm

memang betul pukul 12.00 malam makan benda nie. itu pasal badan aku mcm jadi macam nie...
terima kasih kepada orang umah aku... i love u...haha

Ahad, 18 September 2011

LASAGNA

Aku tak tau apa mimpi org umah aku nak masak Lasagna <---( aku nak sebut pon x reti).Makanan orang Italy rasanya, so benda nie sedap juga sambil makan boleh boleh dengar lagu dari band Italy, Mortuary Drape - into The drape................hahhaa
5.dah siap bakar. so boleh potong dan makan ...

4. lepas 2 letak satu layer lagi kulit Lasagna & letak jugak sos warna merah dgn sos warna putih buat dua tiga layer mcm 2. lepas 2 bakar dalam oven
3. ha.. mcm nie la rupa sos putih atas sos warna merah
2. kemudian letak sos putih
1. di bawah sos warna merah 2 ada di letakkan kulit Lasagna.

Isnin, 9 Mei 2011

VADEE


VADEE ( aku tak pasti betul atau tak ejaan nie atau sebutan kuih nie).
jadi untuk entry yg ini aku buat kuih nie kat rumah malam tadi. kuih nie mengunakan kacang dhal yang aku beli di Econsave aku rasa harganya rm 0.90 jer aku . Ok cara menyediakan nyer jeng..jeng..jeng.. rendam kacang dhal nie lebih kurang ( aku rendam pagi petang baru buat) lepas 2 blender jer kacang dhal nie jgn hancur sangat, kemudian potong dadu bawang besar dan cili merah ikut suka korang la, campur dan gaulkan benda2 nie sekali lepas 2 letak garam, gula sikt dan jintan manis secukup rasa, gaul lagi. kemudian panaskn minyak . kepal kacang dhal yg dh dicampur dgn bahan2 yg di gaul tadi kemudian leperkan sedikit guna tangan ( yg nie kena skill sikit). lepas 2 goreng sampai gareng...hehaaa.. bini aku jelessssssssssss la pulak ceit..

Isnin, 2 Mei 2011

Popia

yang nie aku buat 2 hari lepas.
resepi:
1. kulit popia beli kat pasaraya.
isi
2. ubi sengkuang
3. lobak merah
4. kiub ayam atau perasa ayam.
5. minyak untuk mengoreng.
6, tepung gandum utk gam kulit.
7. bawang merah dua biji. ( di hiris )

~sagat/potong memanjang mcm jejari ubi sengkuang & lobak merah, masukkan dua sudu besar minyak masak untuk menumis isi masukkan sekali bawang dan perasa ayam tadi bersama, tumis sehingga lembut isi itu, kemudian letak isi dalam kulit popia tadi dan gulung kemudian letak tepung gandum yg telah dicampur dgn sedikit air utk menjadi gamnya..

note: susah juga nak tulis resepi nie payah la wei.. hehehe

Khamis, 21 April 2011

masak spaghetti la pulak..



memang dah minat sangat memasak, tapi spaghetti nie tak der la lawa benor nak hias2 lebih xder ler.. maklum ler untuk makan sendiri boleh la.. jempot la makan kome..

Isnin, 21 Mac 2011

chicken chop lagi

kali ini aku dah letakan brown sos kat atas ayam 2 baru cantik dan menyelerakan.

Isnin, 28 Februari 2011

Chicken Chop

aku buat nie..
jgn tak percaya metal2 pon aku boleh masak.
bertuah badan sapa kawin dgn aku hahaha..
nasib baik aku dh kawin..

Jumaat, 18 Februari 2011

aissssss krimmm

Nampak mcm lucah jer enrty ini tapi nie la ais krim yg orang umah gua buat sendiri.................tapi gua lebih suka perasa jagung dari perasa coklat, gua bagi untuk ais krim nie B+ jer hohohhoheheh...
lain kali buat perasa jagung gua kasi A+

Selasa, 31 Ogos 2010

KERABU MANGGA PUCUK PEGAGA TAUHU GORENG

selepas org umah bersalin anak kedua aku nie... aku dah mula kurang tidur..

tadi aku berbuka menu:

1.nasi putih
2.kerabu mangga+pegaga
3.tauhu goreng

semua aku buat sendiri, mmg minat memasak asalnya cita2 nak jadi tukang masak...hehehe
tak lupa diucapkan kepada semua selamat menyambut hari kemerdekaan..

Halaman