Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 28 Januari 2016

Apa nak beli Hamster !!!

Anak aku mintak beli Hamster jenuh mengoogle mcm mana nak bela hamster kena tengok dulu kalau modal cukup senang nak jaga aku beli.. itulah cerita untuk tahun 2016.. sekian

Selasa, 26 November 2013

PERGORBANAN MENJADI LELAKI SEJATI

Pada 20 November 2013  buat pertama kali dalam hidup seorang ayah yang mana menjadi satu pengalaman hidup yang amat besar bagi seorang lelaki iaitu berkhatan atau bersunat, Pada hari tersebut iaitu hari Rabu pada jam lebih kurang 10 pagi. aku telah pon membuat temujanji awal sebulan dari tarikh untuk berkhatan anak aku.
nama anak aku nie Muhamad Affiq Iman Bin Muhamad Muniff sedap x nama tu umur baru 7 tahun . ok so pagi 2 sebelum masuk klinik untuk daftar aku bawak dulu anak aku minum bagi dia makan roti canai benda yg dia suka, aku datang awal rasanya 30 minit awal so baik minum dulu bagi anak aku rilex sikit. Lebih kurang lg 5minit nak pukul 10am aku pon jalan pelan2 dgn anak aku, restoran tempat aku minum tu tak jauh dari klinik  yang aku nak bawak bersunat selang 2 atau 3 deret kedai jer. Bila sampai dalam klinik 2 aku daftarkan anak aku lepas 2 nurse kat situ suruh anak aku pergi tandas utk kencing, dah abis anak aku kencing terus nurse tu suruh masuk bilik utk proses mengkhatankan anak aku. aku masuk sekali sampai dalam sana aku tengok doktor dah siap duduk tepi katil sambil tersenyum hahaha..
Doktor suh anak aku baring dia injet dua tiga kali tengok anak aku stady jer perhh aku pulak yg cuak lepas 2 doktor 2 keluarkan satu benda mcm penyepit tapi hujungnya ada wayar dia cakap ini lah benda yg orang panggil laser tapi benda nie fungsinya mcm welding set ja katanya lah, aku angguk jer la mana aku tau. tak sampai 15 minit siap tampa ada balutan mcm zaman aku dulu2 dulu mmg kena balut anu 2. yg nie x der balut cuma ada jahit sikit la.
tapi itu lah banyak beza berkhatan zaman dulu dan zaman sekarang lebih mudah lebih cepat dan kurang sakit.
jangan lupa bagi makan ubat kat anak  jgn tangguh kang meloncat apah pon tak boleh haha. nampak siap boleh main game lagi hebat sungguh.

Ahad, 5 Jun 2011

Program keluarga Bersama ultraman

jenuh menunggu untuk turn ambik gambo..
punya la ramai org nk ambik gambor..







hari Ahad dengan keluarga turun ke Sungei Wang Plaza nak menyampaikan hajat anak aku nie..hehehe..

Ahad, 16 Januari 2011

SELEBAR KASIH SEKALUNG BUDI

Terima kasih kepada CLEFT LIP AND PALATE ASSOCIATION OF MALAYSIA (CLAPAM) kerana telah banyak membantu dari segi pengetahuan.
Ucapan terima kasih kepada Dr Kim Tan, Dr Joseph, nurse2 & semua staf yg membantu pembedahan anak saya Muhamad Affan Iman.
Terima Kasih Kepada RMHC kerana menyumbangkan dana untuk kos pembedahan anak saya.

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah, kerana telah selesai pembedahan keatas Muhammad Affan Iman dgn jayanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat terutama sekali kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberikan semangat kepada kami.

hari ke 5.

hari ke 3

hari ke 3

hari ke 2 selepas pembedahan.

hari ke 2. selepas pembedahan, lepas makan ubat tahan sakit terus tidur.

baru keluar dari bilik pembedahan, darah di mulut masih belum di cuci & di bersihkan.


masih belum sedar dari kesan ubat bius.


bersiap untuk kebilik pembedahan.

sebelum pembedahan

hari pertama di wad sebelum pembedahan.

wajah sebelum pembedahan.

Ahad, 2 Januari 2011

Tasik Titiwangsa...


sukan polo air dulu2 masa duduk taiping selalu main benda nie di Taman Tasik Taiping.

















bersiar-siar dgn keluarga pada tahun baru.
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA.

Khamis, 25 November 2010

saya sayang awak.....



lagu nie saya tujukan untuk awak (isteri saya)
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat setia dalam hidup saya
melahirkan dua cahaya mata kepada saya( buat masa nie hahaha...)
sentiasa memberi semangat kepada saya
sentiasa memahami perasaan saya
awak sumber inspirasi saya
walau pun kadang2 awak merajuk
susah jugak nak pujuk
kadang2 awak tak suka hobi saya yg merapu
tapi awak tetap sabar :)
kecantikan awak ada dalam senyuman
jadi Belajarlah bersabar dari wanita bernama Asiyah(isteri Firaun)
Setia dari Khadijah(isteri pertama Nabi S.A.W)
Jujur dari Aisyah(isteri Nabi yang paling muda umurnya)
Dan teguh hati dari Fatimah Al Zahra(puteri Nabi S.A.W).
saya sayang awak sehingga ke akhir hayat..awoooo...awooooo..




Itu Janji /lagu Amuk

Sinar cinta ku hanya satu
Untuk dirimu oh sayangku
Demi kesetiaan cintamu kepada ku

Tiada dua dalam cinta
Tiada dusta yang tercipta
Hanya dirimu yang ku rindu oh… sayangku

Ku telah berjanji
Ku takkan mengkhianati
Cinta yang bersemi
Hingga akhir hayat ini
Itu janji

Wajah mengukir rahsia hati
Senyumanmu manis berseri
Indah cahaya sang rambulan
Cinta suci mu kau dendangkan

Keagungan cintamu
Ku lemas dalam rindu
Keteguhan cintamu
Ku pasti kau milik ku…
Sayang ku…

Ooooo…

Selasa, 16 November 2010

Akhirnya tewas Juga super Hero ini..




tak kuat mana pon Super Hero nie hari asyik main PS2 jer.. bila time nak bagi makan cukup payah mcm dalih di berikan lepas tu suka conteng dinding...lepas nie nak kena beli rotan.. jaga kau..

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mandailing ( bangsa dan keturunan aku)

Kisah cerita pertama

Mandailing adalah kelompok budaya tradisional di Asia Tenggara. Mereka dijumpai terutama di bahagian utara pulau Sumatera di Indonesia. Ada juga kumpulan yang signifikan dari Mandailing di Malaysia, terutama di negara bahagian Selangor dan Perak. Masyarakat Mandailing di Indonesia seringkali dianggap sebagai sebahagian daripada orang Batak, tapi sering juga dianggap sebagai kumpulan berasingan. Mereka datang di bawah pengaruh Kaum paderi yang memerintah Minangkabau Tanah Datar. Sebagai akibatnya, Mandailing dipengaruhi oleh budaya Islam dan masuk Islam. Sebelumnya penukaran mereka, mereka berlatih Hindu dan Parmalim (agama asli Batak).

Etimologi dari 'Mandailing' adalah dikatakan sebagai coupounding dari Manda kata-kata, yang bermaksud 'ibu', dan ilang, yang bermaksud 'hilang'. Jadi, nama tersebut dikatakan bererti 'ibu hilang'. Beberapa kajian telah menyarankan bahawa Mandailing adalah keturunan dari Batak Toba, yang berhijrah ke selatan berkurun-kurun sebelum kedatangan penjajahan Portugis dan Belanda Sumatera. Di sana mereka masuk Islam dan berkahwin dengan Minangkabau dan orang Melayu. masyarakat Mandailing adalah patriarki, dengan menggunakan nama keluarga, atau marga, dalam cara yang sama seperti Batak Toba. The marga yang sama boleh dijumpai, seperti Lubis, Nasution, Siregar, Hasibuan, Harahap, Dalimunthe (berasal dari Munthe), Matondang, Rangkuti, Parinduri, Pulungan, Rambe, Daulae (y), Pohan, Batubara (jangan bingung dengan Batu Bara orang dari pantai timur Sumatera), Barus dan Hutajulu. Mereka berkaitan rapat dengan Angkola, yang juga Muslim.

'Mandailing' adalah nama kawasan (Luat Mandailing) yang sekarang hampir di Kabupaten Mandailing Natal di Propinsi Sumatera Utara. Kumpulan pertama yang datang ke daerah ini adalah Lubis, kemudian diikuti oleh Siregar, Harahap dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan ini berhijrah dari daerah utara, yang sekarang menjadi milik Kabupaten Tapanuli Utara dan Kabupaten Tobasa. Salah satu kumpulan ini, Harahap, kiri, yang membuat pengenalan mereka ke daerah sukar. Matondang, Rangkuti dan Parinduri adalah groupss tempatan Luat Mandailing. Harahap dan Siregar tinggal hampir di Luat Angkola, yang sekarang menjadi milik Kabupaten Tapanuli Selatan, terletak antara Kabupaten Mandailing-Natal dan Kabupaten Tapanuli Utara.

kisah cerita kedua

Borudeakparujar & Raja Odap-odap
(Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia).


Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah di India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, kerana terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Irak yang meluaskan pengaruh mereka.

Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka menetap sebentar di Mandalay, yaitu ibu negara Burma purba. Besar kemungkinan nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan Mandailing yang mengikuti logat Burma.

Sekali lagi mereka terpaksa bepindah karena pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang. Pada waktu itu mereka melintasi Selat Melaka , yang pada masa itu bukan merupakan suatu lautan yang besar, sangat dimaklumi bahawa pada masa itu dibagian tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya di pisahkan oleh selat kecil saja.

Kaum Munda telah berjaya menyeberangi laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di Batang Pane, Portibi (Sumatera Utara) , diduga peristiwa ini terjadi di akhir abad ke ?6.

Kerajaan Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan meluaskan wilayah taklukannya hingga ke sebahagian besar pantai Sumatera dan Tanah Melayu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnya di abad ke-9.

Tenteara kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja Odap-Odap telah ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh daerah Batang Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok Maela (sempena Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan menggenggam segumpal tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru (Menempah banua).

Kerajaan kedua di Sumatera di didirikan di Pidoli Dolok di kenali sebagai kerajaan Mandala Holing artinya kawasan orang-orang ******. Pada masa itu mereka masih beragama Hindu memuja Dewa Siva.

Di abad ke 13, Kerajaan Majapahit telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan Mandailing. Sekali lagi kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi hangus dan hancur.

Penduduk yang tidak dapat di tawan telah lari kehutan dan bercampur-gaul dengan penduduk asli. Lalu terbentuklah Marga Pulungan artinya yang di kutip-kutip. Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan tiga buah Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit namun kerajaan tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan kampung.

Di pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni dan yang bungsunya Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah kerajaan baru.

Betara Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari Pagar Ruyung karena kesalahan bermula dengan adiknya Putri Langgoni. Kedua beradik tersebut berserta pengikutnya telah merantau dan mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi.

Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah belaku adil dengan sepupu sebelah ibunya yaitu Putri Rumandang Bulan. Oleh kerana tidak ada lagi pewaris takhta makanya putri tersebut ditunangkan dengan Raja Gayo.

Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa pergi ke Gayo beliau telah membawa satu tandan pinang masak lalu ditanamnya sebiji pinang tersebut pada setiap kali rombongan tersebut behenti hinggalah sampai di tebing sebatang sungai.

Di tebing sungei itu baginda telah melahirkan seorang anak laki-laki yang gagah dan perkasa. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang amat dasyat hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah keadaannya sehingga tujuh kali percobaan. Akhirnya seorang Datu telah memberitahu bahawa anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di bawah pohon sena tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan menjadi seorang raja yang besar di situ.

Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak mendapati bahwa dia bukan lagi perawan.

Di dalam keadaan tersebut tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh orang bunian di ikuti oleh Dewa Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri tersebut di simpan kedalam sungai berdekatan lalu bermandikan dengan bunga-bunga sena yang sedang berkembang. Apabila keluar dari sungai tersebut di dapati perut-perut yang menandakan baginda telah melahirkan tidak lagi kelihatan. Maka nama sungai tersebut di kenali sebagai "Aek Batang Gadis" artinya, air sungai yang memulihkan gadis/perawan.

Anak yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut telah di temui oleh rombongan Sultan Pulungan yang sedang memburu, lalu dipunggutnya.

Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah tersebut akhirnya telah berhasil melarikan diri dan mendirikan sebuah kerajaan dan kemudiannya mengalahkan Sultan Pulungan. Anak tersebut yang di kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya menjadi raja besar di Penyabungan.

Oleh karena raja di Penyabungan yang tersembunyi diketahui orang akan ibunya maka dipanggilah kerajaannya sebagai kerajaan "MANDE NAN HILANG", pendeknya Mandailing atau pun Mandehilang. Beliau juga adalah pengasas/penegak Marga Nasution., artinya orang sakti.

Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke Gayo. Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di tepi sungei yang di namakan "Aek Batang Gadis" lalu di bawa mengadap kepada Sutan Diaru di penyabungan.

Setelah panjang lebar bercerita lalu pengasuh yang bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera kuning pinang masak yang membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai di bawah pohon sena di Aik Batang Gadis berserta aguk yang dikalungkan oleh ibunya Putri Rumandang Bulan. Maka ketahuanlah akan Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja Sutan Penyabungan tersebut adalah anaknya. Seluruh isi negeri bersukaria dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara rasmi sebagai Raja Penyabungan.

Pada masa yang sama juga utusan dari Kota Pinang telah datang ke Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan Pagar Ruyung kesana untuk bertemu kekandanya yang telah lama tidak berjumpa. Lalu kata Yang Dipertuan, "Beta tetap akan mengunjungi kekanda beta di Kota Pinang." Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali sebagai Tanah Abang, dan Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik, sempena peristiwa Betara Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga Pinanyungan di Penyabungan supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun adiknya mempunyai kerajaan yang lebih besar di Pagar Ruyung.

Kerajaan Sibaroar @ Sutan Diaru di Penyabungan akhirnya bekembang luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat subur tanahnya.

Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang Porang atau lebih di kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan Tanah Mandailing.

Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui Muara Sipongi dan menakluki Penyambungan pada awal 1816.

Kemudiannya Belanda pula memasuki Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan banyak dari raja-raja Mandailing yang menentang dan terpaksa mundur dan menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu.

Orang-orang Mandailing bekas panglima tentera paderi telah memainkan peranan penting di dalam perjalanan sejarah di Tanah Melayu iaitu Tanah Pelarian. Nama seperti Tuanku Tambusai, Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Naposo tercatat di dalam sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan Selangor.

Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama, diantaranya adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau merajuk, kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai kesalahan adat atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ke tangan Tentera Paderi 1816 dan gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya. Ada diantaranya di hantar ke Semenanjung.

Namun perpindahan yang paling ketara bermula sejak beramai-ramai sebagai budak/abdi dan ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga mereka untuk mencari tempat tinggal yang lebih aman.


Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 ?1832.

Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya.

Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 ?sewaktu beliau berunding dengan Belanda.

Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan pedang Al-malik kepunyaan Tuanku Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai tanda mengambil alih pimpinan di Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol tidak dapat dipertahankan kerana kekuatan tentera Belanda, akhirnya Tuanku Bosi dengan pengikutnya tepaksa mundur ke Benteng Dalu Dalu.

Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka Tuanku Tambusai telah merencanakan pengunduran beliau bersama pengikutnya dan Benteng Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi.

Tuanku Tambusai dengan diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak kepada Tuanku Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Raja Laut berundur bersama pengikut mereka ke Tanah Melayu.

Benteng Dalu-Dalu jatuh ketangan Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban setelah mendapat luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut.

Tuanku Tambusai, Raja Asal dan Raja Laut mendarat di Melaka dan pergi ke Lukut mencari tempat tinggal. Tidak lama kemudian Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk mencari saki baki tentera paderi bagi mengatur serangan balas terhadap Belanda. Raja Asal meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit kekecuhan di sana, beliau pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah sekitar tahun 1843. Tuanku Tambusai mencari tempat tinggal yang terpencil di Negeri Sembilan dan menetap di sana.

Raja laut berulang alik antara Sumatera dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris, Cina dan India yang melintasi Selat melaka. Maka itu beliau di sebut Raja Laut.

Sekitar tahun 1850, Raja Asal telah meinggalkan Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya. Di Pahang, Raja Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan melombong bijih timah dan berjual beli bijih timah.

Raja Asal telah dapat menembusi istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan keluarga pembesar di Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir anak Tun Ali. Tun Ali mangkat pada tahun 1857. Raja Asal telah berkahwin dengan Wan Putih atau dalam bahasa Mandailing di panggil Siputeh.

Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 ?1863, Raja Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin dengan keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru.

Perang saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada Tun Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama ć…ˇipuntung? lalu di bawa ke Selangor.

Di Selangor, Raja Asal kembali menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana Paderi yang diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai saki-baki tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau sentiasa berhubung dengan Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan saki-baki tentera Paderi di Sumatera. Tuanku Tambusai yang sudah uzur tidak lagi memainkan peranan penting untuk memulihkan semula kekuatan Paderi di Sumatera.

Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut.

Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh ke tangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato?Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-orang Mandailing.

Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor. Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari nggeris.

Walaupun pada mulanya Raja Asal, Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat baik tetapi pada tahun 1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy atas urusan perniagaan bijih timah.

Pada bulan Mei 1872, Raja Asal bersama Raja Laut telah membawa angkatan perang mereka untuk menyerang Kuala Lumpur. Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan Cheras sekarang, bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi dari Sumatera. Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukan Raja Asal/Raja Laut dengan pasukan Kapitan Yap ah Loy yang di bantu oleh Kapten Van Hagen dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan teruk di mana seramai 730 tentera mereka telah terkurban.

Kejayaan Raja Asal dan Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi, Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal ?bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tentera Paderi. Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku.

Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Raja Asal di Ulu Kelang. Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang.

Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing.

Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat mendarat di Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka kubu Raja Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang.

Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka.

Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei.

Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak.

Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun.

Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut.

Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning.

Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik.

Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning.

Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut "telor" orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh.

Raja Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun.

Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali sebagai Siputeh. Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak.

Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesar-pembesar Negeri Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak.

Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Pakatan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.

Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim Belanja, Penghulu Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak saudara kepada Raja Asal.

Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada tahun 1875 Mukim Belanja belum lagi diwujudkan. Sila lihat perlantikan Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang pertama.

Semasa J.W.W . Birch di bunuh, Raja Asal sudah mula gering dan tidak mampu lagi mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai bagi pihak Raja Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang $3,000.00 kepada pihak yang berkuasa.

Sepanjang keadaannya gering itu, Raja Bilahlah yang menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja Bilah telah meminta Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya supaya dapat beliau membayar semua hutang tersebut.

Setelah enam bulan kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang tersebut dapat diselesaikan.

Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan dari kekalahan serta kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang aktif di dalam urusan maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja Bilah.

Tuanku Raja Asal telah meninggal dunia pada 1878 dan di semadikan di Changkat Piatu di antara pertemuan Sungai Pinji dengan Sungei Kinta. Sehingga hari ini makam beliau masih tertegak megah di atas tanah perkuburan Changkat Piatu.

Rabu, 8 September 2010

DAH NAK RAYA DAH RUPANYA.......


tahun nie aku rasa beraya mcm biasa jer tak balik kampung pon, kerana yg pertama org umah masih dalam pantang...

aku sngat bersyukur kepada ilahi tahun nie ramadhan nie aku masih bernyawa dan boleh tengok lagi anak2 aku membesar depan mata...

Alhamdullih muhammad Affan Iman dah semakin aktif, Muhammad Affiq Iman pon dah boleh terima kenyataan bahawa dia dah ada adik, kena jadi abg yg baik bertanggungjawab kepada keluarga..hahah tapi masih berumur 3 tahun 9 bln( umur waktu aku buat entry nie).

menjadi seorang yang yatim piatu nie mmg kekadang boleh emo beb... tengok org lain ada mak bapak kita nie cuma boleh tengok jer la.... menumpang mak bapak org lain (mertua).. kena time nak raya nie mula la teringat rendang yg mak aku masak.. aku ada mintak bini aku buatkn rendang pasal aku teringgin nak makan, aku tak kata rendang yg bini aku 2 tak sedap mmg sedap( untuk bini Aku terima kasih sayang) tapi aku masih tak dapat rasa yg serupa mcm mak aku masak....emo lagi... Al-fatihah kepada kedua ibu bapa ku....amin..

Halaman