Selasa, 21 September 2010

Tentang Mesin Jahit...




aku beli untuk org umah pada awal tahun hari 2. nie ini lah kali pertama aku guna untuk jahit kaki seluar jean aku.. setakat jahit kaki seluar dgn seluar koyak aku tau la kalau nak suruh aku buat sehelai suar atau baju kurung pompuan mati hidup balik pon aku tak tau..ekekeke

Khamis, 9 September 2010

DAH RAYA BESOK.....

Macam tak percaya la dah nak raya maknaya dah nak akhir tahun dah nie..

aku macam nie jer tak prepare apa2 pon pasal org umah aku masih dalam pantang.apa pon tak beli cuma untuk anak2 dan org umah aku dah aku belikan pakaian raya dan jadi rancanganya besok lepas sembahyang raya terus ke rumah mertua di pandan indah makan kat sana la..jadi sapa yg akan datang umah aku nanti mmg tak ada yg spesial la.. harap maklum...hehehe

tadi p bayar zakat untuk adik2 aku.. boleh terlupa pulak bayarkan untuk diorg..

kat opis nie dah tinggal kami bertiga ja.. yg lain semua dah cuti..

Rabu, 8 September 2010

DAH NAK RAYA DAH RUPANYA.......


tahun nie aku rasa beraya mcm biasa jer tak balik kampung pon, kerana yg pertama org umah masih dalam pantang...

aku sngat bersyukur kepada ilahi tahun nie ramadhan nie aku masih bernyawa dan boleh tengok lagi anak2 aku membesar depan mata...

Alhamdullih muhammad Affan Iman dah semakin aktif, Muhammad Affiq Iman pon dah boleh terima kenyataan bahawa dia dah ada adik, kena jadi abg yg baik bertanggungjawab kepada keluarga..hahah tapi masih berumur 3 tahun 9 bln( umur waktu aku buat entry nie).

menjadi seorang yang yatim piatu nie mmg kekadang boleh emo beb... tengok org lain ada mak bapak kita nie cuma boleh tengok jer la.... menumpang mak bapak org lain (mertua).. kena time nak raya nie mula la teringat rendang yg mak aku masak.. aku ada mintak bini aku buatkn rendang pasal aku teringgin nak makan, aku tak kata rendang yg bini aku 2 tak sedap mmg sedap( untuk bini Aku terima kasih sayang) tapi aku masih tak dapat rasa yg serupa mcm mak aku masak....emo lagi... Al-fatihah kepada kedua ibu bapa ku....amin..

Selasa, 31 Ogos 2010

KERABU MANGGA PUCUK PEGAGA TAUHU GORENG

selepas org umah bersalin anak kedua aku nie... aku dah mula kurang tidur..

tadi aku berbuka menu:

1.nasi putih
2.kerabu mangga+pegaga
3.tauhu goreng

semua aku buat sendiri, mmg minat memasak asalnya cita2 nak jadi tukang masak...hehehe
tak lupa diucapkan kepada semua selamat menyambut hari kemerdekaan..

Rabu, 11 Ogos 2010

Marhaban ya ramadhan...

hari pertama nie letih juga...mungkin aku nie dah tua kot, dulu2 ok jer.
Petang nie tak mau beli yg bukan2 mcm tahun lepas. tapi mmg pelik kalau di fikirkn bulan ramadhan nie paling banyak berbelanja berbanding bulan yg lain2..

Isnin, 2 Ogos 2010

Black Fire, akhirnya dapat jugak aku tengok...







aku kenal pada lagu dan nama dan akhirnya jadi kenyataan.....

Rabu, 7 Julai 2010

AL-GHURABA' (GOLONGAN YANG ASING DAN GANJIL)

Assalamualaikum Warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil" (Hadith Muslim)

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairanan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan,ditertawakan,dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila dan seribu satu fitnah dan kecaman yang terakam di lembaran sirah Nabi Muhammad s.a.w. Masakan tidak, Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.Biarpun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia menjadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik dianggap pelik dan menyusahkan. Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jualbeli yang bersih lagi adil dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan.Walaupun perhambaan, perzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa berbanding mengusahakan perubahan, biarpun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut. Itulah nasib Islam di awal zamannya.

Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan ini tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada baginda Nabi s.a.w dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai. itu sahaja. Mereka mengajak kepada yang maaruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup. Mereka inilah Ghuraba'(orang2 yang ganjil) pada hadis di atas. Bila ditanya kepada baginda, siapakah orang2 yang ganjil itu. baginda menjawab "iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak'.Dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,"iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia". pada satu riwayat yang lain baginda menjawab," mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutinya".

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?
Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender dan kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua ini kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah dan takutkan azabnya, berasa terasing, dipulaukan,disindir dan diketawakan. Pernahkah anda berasa seperti itu?
Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biarpun mentari senja hampir tenggelam, anda yang memilih untuk solat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai!
Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biarpun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri dan kehormatan daripada zina kerana kebaikan menjauhinya dan besarnya menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?
Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah yang syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup sedemikian rupa?

Tatakala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai bencmark- aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan maruah dan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?
Jika anda berasa asing, ganjil,pelik,ditertawa,disinis,disindir atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w
"BERUNTUNGLAH AL-GHURABA' IAITU MEREKA YANG ASING DAN GANJIL"
Satu masa ketika Amirul Mukminin Saidina Umar Radiallahu 'Anhu mendengar seorang lelaki Badwi Arab yang baru memeluk Islam khusyuk dan sedang berdoa di sisi Multazam (antara tempat dimakbulkan doa di sisi Kaabah), "Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan yang sedikit", Saidina Umar bertanya dengan penuh kehairanan, wahai Tuan, mengapa tuan berdoa dengan demikian, orang lain minta yang banyak dalam serba-serbi kehidupannya,tetapi tuan minta yang sedikit?, Lalu dijawab oleh lelaki berkenaan, lupakah tuan kepada sepotong ayat Al-Quran, (Wa Qoliilun Min 'Ibadias Syakur)-Sesungguhnya sedikit sahaja dari manusia itu yang bersyukur kepada Allah", jawapan ini membuatkan mengalir air mata keinsafan dari Saidina Umar.

Disediakan oleh:
Ust. Jamali bin Mohd Adnan
Ketua Unit Agama IPPM

Halaman