Rabu, 18 Mac 2015

PROJET METALPORN BERSAMA FLYING AXE 2015

Salam kepada semua nie baru ada masa nak update cerita apa benda yang aku buat sepatutnya banyak cerita yang boleh ditulis tapi apakan daya setakat nie je mampu. Ok skang nie label aku memang slow dari meriliskan meterial atau stuf baru puncanya mmg banyak dari segi kewangan pon betul juga, jadi aku skang buat la projet yang lebih kurang tolong member member membuatkan susun letak artwork untuk cover atau inlay CD band2 kawan2 yang rapat dan dapatlah upah sikit.
VINIIR - The Story Chapter II hujung tahun 2014 aku buat.
Kebanyakannya artwork memang band dah sediakan bahagian aku cuma masukan susun atur dan bagi sedikit idea, aku gunakan software CS4 Adobe photoshop senang je kerjanya tampal tampal bagi centre dah siap lepas tu print je.
SLAYDEATH - Rowdy Cruel
Projet yang paling baru nie aku buatkan satu band Death Metal kalau diikutkan ceritanya band nie pernah beraksi bersama Suffercation bermain bersama satu stage di suatu masa dulu tetapi apakan daya zaman dan rezeki mereka masa tu mmg tak ada,Kemolorg untuk EP terbaru Revival Of Silence yang berasal dari kajang diangotai lineup baru, lineup lama hanyalah Drumer sahaja iaitu Tokey Repair Jeans dan tukang jahit pakaian yang terkenal di kawasan Bandar Kajang Selangor Encik Odeng.

Untuk setiap rilisan nie aku akan bersama label Flying Axe iaitu patner aku dalam KL THRASHED kami akan bersama meriliskan dn membantu rakan2 atau band yang nak riliskan meterial bajet, kami riliskan proCDR sahaja dimana cdnya di Print Oleh Flying Axe dgn harga RM1 dan dan Inlay aku sendiri Print untuk inlay lipat dua di print luar dan dalam full kaler standard Jewelcase ada inlay belakang sekali dengan harga rm1 juga tetapi kami buat dengan jumlah yg paling maksima 50 keping sahaja untuk band nak riliskan demo mmg sesuailah kerana takan nak keluar demo nak rilis pro cd kalau bandnya mmg betul hebat dan boleh jual xper lah, untuk buat pro cd dan kaset pon aku ada buat juga tapi itu cerita bab lain la oklah setakat itu ja lah kot nanti kalau free kita sambung lagi.. oh ya lupa nak maklum KL THRASHED 2015 akan diadakan pada 31 Oktober 2015. iklan sikit.

Khamis, 20 November 2014

SEMANGAT BARU

Bersama Erik Hedrasil/Kemolorg semasa bermain  di Gig September  Moon
Lama sangat dah tak update blog nie, kadang kadang time takder kerja idea datang untuk menulis bila dah depan komputer terus jam tak tau la apa masalahnya. penah satu masa sedang saya bawak motor datang idea untuk menulis mencurah curah siap boleh terbayang rangka-rangka penulisan yang saya nak buat umpama macam hayalan jer rupanya. tapi bila dah sampai di rumah apa yang saya pikirkan masa saya menunggang motor tu hilang macam angin yang lalu.Jadi untuk itu saya cuba hari ini untuk menulis semula umpama mcm mengasah bakat semula. Mungkin juga saya jadi begini kerana kesibukan waktu di luar di mana perbezaan dua tiga tahun dulu dan sekarang adalah amat berbeza. dan boleh dikatakan dulu lain sekarang lain macam lagu SM Salim. mungkin dulu saya nie banyak habiskan masa di rumah waktu tu aktiviti di luar masih kurang saya pon masa tu x ada apa benda yg boleh saya fokus mcm sekarang dimana buat masa sekarang saya sibuk dengan projet projet Underground, Band, Gig, label,jamming dan menjadi pengerusi bagi JMB Aparment saya sendiri. banyak masa di habiskan bersama keluarga dan rakan rakan di luar sehingga kan untuk laman sosial mmg semakin kurang,

Rabu, 26 Februari 2014

Sabbatical Malaysiaaarrrghhh

31 may 2014 di KL 
dan 1 Jun 2014 di KK 

saya di maklumkan Sabbat di Kuala Lumpur akan beraksi di Solaris Dutamas. tetapi masih belum ada kenyataan yg oficial lagi. tetapi projet ini mmg telah di confirmkan cuma venue sahaja yg masih belum ada kata putus dari organiser.

Selasa, 3 Disember 2013

BALIK KAMPUNG AKU KAMPUNG BERMIN TAPAH PERAK.

Pada 29/11/2013 Jumaat petang lebih kurang jam 5.30 petang aku bertolak ke Tapah Perak. Bertolak dari Pandan Indah Rumah mertua sampai di hentian Tapah pada jam 7.00 mlm lepak kejap minum2 isap rokok sebatang dua. kemudian gerak semula ke Kg Bermin iaitu kampung aku yg nak pegi nie.Pada asalnya aku planing nak datang bersama Yunus Ajal dgn Hantu Kepalang tapi hati depa kecik atau mungkin ada masalah peribadi gamaknya. jadi aku bertolak sorang lah jadinya. 
Aku balik menaiki motosikal yg baru 6 bulan aku beli masuk kali nie sudah dua kali aku balik naik motosikal nie best jugak layan naik moto nie rilek  jer. buat pengetahuan korang aku balik sorang jer baru lone ranger.
 balik kali nie pasal ada kenduri perkahwinan makcik aku yg paling kecik lagi pon musim kenduri nie lah baru best balik pasal member dan saudara mara ramai yg balik jadi mmg meriah lah suasananya.
di kampung aku nie masih lagi mengamalkan majlis kenduri kendara secara bergotong royong dari memasak sehinggalah bab memcuci.
Lepas habis cuci pinggan nie la part yg best jugak makan makanan pengantin ayam golek 2 yg best.
lepas makan kita pegi mandi sungai  ini sungai Batang padang  Tapah  jalan kaki dari rumah aku 5minit jer air jernih banyak ikan mmg sejuk bro  sapa yang minat boleh la set time datang sini port tidur semua aku boleh sediakan.
bagi aku sungai nie lah yg paling aku suka dari zaman aku kecik sampai aku dah berumah tangga. ini lah tempat untuk aku lari dari kesibukan kuala lumpur. korang boleh tengok sendiri pemandangannya kalau x best jugak tak tau ler nak cakap macam mana.

Pada 1/12/2013 aku bertolak semula ke Kuala lumpur cuaca agak hujan sedikit dari Tapah sampai Kuala lumpur basah kena hujan tapi hati tenang setenang air sungai kampung aku tu. Di pahamkan di kuala lumpur hari tu ada gig di Sunway mentari.












Rabu, 27 November 2013

Razis Ismail - Penawar Rindu



Razis Ismail atau nama sebenarnya Ghazali Ismail lahir pada 1 Julai 1960 anak kelahiran Penang adalah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar era 80an. Lagu-lagu beliau sering kerap kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia sekitar era 80an. Berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak muka yg jambu sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu. aku mmg minat jenis suara macam nie.

Album Studio
Kepulangan (1986)
Terserah (1987)





jangan dikirimkan rindu
kepada angin sedang lalu
tak akan boleh kiriman mu
menghibur hati ku nan pilu
jika direnungkan bulan
terbayang peristiwa dulu
jika datangnya kenangan
menambahkan pilu dikalbu
hati diracunkan cinta melarat bila kau menjauh
hanya penawarnya pelukan asmara berdamping berdua bersama
pulanglah kekasih ku pulang
bawalah penawar merindu
jangan dikirim berita datanglah bertemu semula

Selasa, 26 November 2013

PERGORBANAN MENJADI LELAKI SEJATI

Pada 20 November 2013  buat pertama kali dalam hidup seorang ayah yang mana menjadi satu pengalaman hidup yang amat besar bagi seorang lelaki iaitu berkhatan atau bersunat, Pada hari tersebut iaitu hari Rabu pada jam lebih kurang 10 pagi. aku telah pon membuat temujanji awal sebulan dari tarikh untuk berkhatan anak aku.
nama anak aku nie Muhamad Affiq Iman Bin Muhamad Muniff sedap x nama tu umur baru 7 tahun . ok so pagi 2 sebelum masuk klinik untuk daftar aku bawak dulu anak aku minum bagi dia makan roti canai benda yg dia suka, aku datang awal rasanya 30 minit awal so baik minum dulu bagi anak aku rilex sikit. Lebih kurang lg 5minit nak pukul 10am aku pon jalan pelan2 dgn anak aku, restoran tempat aku minum tu tak jauh dari klinik  yang aku nak bawak bersunat selang 2 atau 3 deret kedai jer. Bila sampai dalam klinik 2 aku daftarkan anak aku lepas 2 nurse kat situ suruh anak aku pergi tandas utk kencing, dah abis anak aku kencing terus nurse tu suruh masuk bilik utk proses mengkhatankan anak aku. aku masuk sekali sampai dalam sana aku tengok doktor dah siap duduk tepi katil sambil tersenyum hahaha..
Doktor suh anak aku baring dia injet dua tiga kali tengok anak aku stady jer perhh aku pulak yg cuak lepas 2 doktor 2 keluarkan satu benda mcm penyepit tapi hujungnya ada wayar dia cakap ini lah benda yg orang panggil laser tapi benda nie fungsinya mcm welding set ja katanya lah, aku angguk jer la mana aku tau. tak sampai 15 minit siap tampa ada balutan mcm zaman aku dulu2 dulu mmg kena balut anu 2. yg nie x der balut cuma ada jahit sikit la.
tapi itu lah banyak beza berkhatan zaman dulu dan zaman sekarang lebih mudah lebih cepat dan kurang sakit.
jangan lupa bagi makan ubat kat anak  jgn tangguh kang meloncat apah pon tak boleh haha. nampak siap boleh main game lagi hebat sungguh.

Isnin, 18 November 2013

OBSECRATION - The Inheritors Of Pain (1996) re-release by MPP


Atas minat terhadapa band2 daripada Greece dengan ini aku cuba meriliskan semula band yang seangkatan dengan Rotting Christ, Varathron, Necromantia, Thou art Lord dan Etc:.. untuk makluman ini adalah album yg pertama bagi band Obsecration dimana line upnya adalah  salah seorangnya adalah vokalis & Bassist band  Necromantia "Magus Wampyr Daoloth".

The band line up: 2013-2014
COSTAS-DEAD V.(Vocals)
ALEX K.(Drums)
JIM Ch.(Bass)
ALEX Z.(L.Guitar)

Oleh itu aku akan meriliskan semula album ini dalam bentuk Pro kaset. dan ianya adalah yg pertama di Asia. utk makluman band ini tidak pernah diriliskan di Asia dan tidak terkenal sangat di Malaysia.
Insyallah jika tiada apa2 halangan aku akan riliskan dalam tahun ini juga.

Halaman