Jumaat, 27 November 2015
Cantik ayat ni ...!
Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......
Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.. Aamiin YRA
### Copy paste##
Selasa, 22 September 2015
HOBI LAMA KEMBALI SEMULA
Biar gambar bercerita lokasi di Telok Mas Melaka nie punya hobi kalau kena sekali konfirm payah nak tinggal dulu aku tinggalkan agak lama jugak entah mcm mana boleh datang giannya pulak boleh pulak aku beli rod dengan mesin penyudahnya sangkut la balik aku memancing..
Jumaat, 5 Jun 2015
BATTLE TANK GIGS
DESECRATE AD AKAN BERAKSI DISINI PADA:
DATE: 13 JUN 2015 (SABTU)
JAM:3.00 PM
VENUE: SOUND X STUDIO, JALAN REKO KAJANG
TIKET :RM15
Untuk tahun 2015 nie lah pertama kalinya beraksi berbanding tahun 2014 mmg kami aktif boleh dikatakan tiap2 bulan kami bermain di GIgs anjuran rakan2. Kesuntukan masa dan kerja yang membuatkan Desecrate AD kurang bermain utk tahun ini. insyalah panjang umur kita akan bermain disini.
Untuk tahun 2015 nie lah pertama kalinya beraksi berbanding tahun 2014 mmg kami aktif boleh dikatakan tiap2 bulan kami bermain di GIgs anjuran rakan2. Kesuntukan masa dan kerja yang membuatkan Desecrate AD kurang bermain utk tahun ini. insyalah panjang umur kita akan bermain disini.
Rabu, 18 Mac 2015
PROJET METALPORN BERSAMA FLYING AXE 2015
Salam kepada semua nie baru ada masa nak update cerita apa benda yang aku buat sepatutnya banyak cerita yang boleh ditulis tapi apakan daya setakat nie je mampu. Ok skang nie label aku memang slow dari meriliskan meterial atau stuf baru puncanya mmg banyak dari segi kewangan pon betul juga, jadi aku skang buat la projet yang lebih kurang tolong member member membuatkan susun letak artwork untuk cover atau inlay CD band2 kawan2 yang rapat dan dapatlah upah sikit.
Kebanyakannya artwork memang band dah sediakan bahagian aku cuma masukan susun atur dan bagi sedikit idea, aku gunakan software CS4 Adobe photoshop senang je kerjanya tampal tampal bagi centre dah siap lepas tu print je.
Projet yang paling baru nie aku buatkan satu band Death Metal kalau diikutkan ceritanya band nie pernah beraksi bersama Suffercation bermain bersama satu stage di suatu masa dulu tetapi apakan daya zaman dan rezeki mereka masa tu mmg tak ada,Kemolorg untuk EP terbaru Revival Of Silence yang berasal dari kajang diangotai lineup baru, lineup lama hanyalah Drumer sahaja iaitu Tokey Repair Jeans dan tukang jahit pakaian yang terkenal di kawasan Bandar Kajang Selangor Encik Odeng.
![]() |
| VINIIR - The Story Chapter II hujung tahun 2014 aku buat. |
![]() |
| SLAYDEATH - Rowdy Cruel |
Untuk setiap rilisan nie aku akan bersama label Flying Axe iaitu patner aku dalam KL THRASHED kami akan bersama meriliskan dn membantu rakan2 atau band yang nak riliskan meterial bajet, kami riliskan proCDR sahaja dimana cdnya di Print Oleh Flying Axe dgn harga RM1 dan dan Inlay aku sendiri Print untuk inlay lipat dua di print luar dan dalam full kaler standard Jewelcase ada inlay belakang sekali dengan harga rm1 juga tetapi kami buat dengan jumlah yg paling maksima 50 keping sahaja untuk band nak riliskan demo mmg sesuailah kerana takan nak keluar demo nak rilis pro cd kalau bandnya mmg betul hebat dan boleh jual xper lah, untuk buat pro cd dan kaset pon aku ada buat juga tapi itu cerita bab lain la oklah setakat itu ja lah kot nanti kalau free kita sambung lagi.. oh ya lupa nak maklum KL THRASHED 2015 akan diadakan pada 31 Oktober 2015. iklan sikit.
Khamis, 20 November 2014
SEMANGAT BARU
![]() |
| Bersama Erik Hedrasil/Kemolorg semasa bermain di Gig September Moon |
Rabu, 26 Februari 2014
Sabbatical Malaysiaaarrrghhh
31 may 2014 di KL
dan 1 Jun 2014 di KK
saya di maklumkan Sabbat di Kuala Lumpur akan beraksi di Solaris Dutamas. tetapi masih belum ada kenyataan yg oficial lagi. tetapi projet ini mmg telah di confirmkan cuma venue sahaja yg masih belum ada kata putus dari organiser.
Selasa, 3 Disember 2013
BALIK KAMPUNG AKU KAMPUNG BERMIN TAPAH PERAK.
Pada 29/11/2013 Jumaat petang lebih kurang jam 5.30 petang aku bertolak ke Tapah Perak. Bertolak dari Pandan Indah Rumah mertua sampai di hentian Tapah pada jam 7.00 mlm lepak kejap minum2 isap rokok sebatang dua. kemudian gerak semula ke Kg Bermin iaitu kampung aku yg nak pegi nie.Pada asalnya aku planing nak datang bersama Yunus Ajal dgn Hantu Kepalang tapi hati depa kecik atau mungkin ada masalah peribadi gamaknya. jadi aku bertolak sorang lah jadinya.
Aku balik menaiki motosikal yg baru 6 bulan aku beli masuk kali nie sudah dua kali aku balik naik motosikal nie best jugak layan naik moto nie rilek jer. buat pengetahuan korang aku balik sorang jer baru lone ranger.
balik kali nie pasal ada kenduri perkahwinan makcik aku yg paling kecik lagi pon musim kenduri nie lah baru best balik pasal member dan saudara mara ramai yg balik jadi mmg meriah lah suasananya.
di kampung aku nie masih lagi mengamalkan majlis kenduri kendara secara bergotong royong dari memasak sehinggalah bab memcuci.
Lepas habis cuci pinggan nie la part yg best jugak makan makanan pengantin ayam golek 2 yg best.
lepas makan kita pegi mandi sungai ini sungai Batang padang Tapah jalan kaki dari rumah aku 5minit jer air jernih banyak ikan mmg sejuk bro sapa yang minat boleh la set time datang sini port tidur semua aku boleh sediakan.
bagi aku sungai nie lah yg paling aku suka dari zaman aku kecik sampai aku dah berumah tangga. ini lah tempat untuk aku lari dari kesibukan kuala lumpur. korang boleh tengok sendiri pemandangannya kalau x best jugak tak tau ler nak cakap macam mana.
Pada 1/12/2013 aku bertolak semula ke Kuala lumpur cuaca agak hujan sedikit dari Tapah sampai Kuala lumpur basah kena hujan tapi hati tenang setenang air sungai kampung aku tu. Di pahamkan di kuala lumpur hari tu ada gig di Sunway mentari.
Langgan:
Ulasan (Atom)



















