Isnin, 29 Januari 2018
Isnin, 25 Disember 2017
Kisah Riwayat hidup Anas Bin Malik
Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini? Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan Anas bin Malik semasa zaman rasullullah. Ada kajian dan pengiraan yang menyatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.
Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Anas bin Malik adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah.
Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan Baginda Rasulullah?
Kisahnya begini…
Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota makkah. Seperti menunggu sesuatu cahaya dan berharap cahaya ini segera datang dan muncul. Ada rasa cemas dipancaran mata setiap mereka. Ada rasa yang hendak membuncah. Rasa yang tak dapat diterka. Berbahagia atau sebaliknya.
Sesaat kemudian. Tiba-tiba semua orang melompat kegirangan,tua, muda dan anak anak. Semua bergembira. Ditengah mereka seorang ibu bergegas membawa putra ingusannya menuju kerumunan orang banyak. Semua berlomba dan berlari agar mendapat tempat dimana mereka dapat melihat sosok itu sepuas-puasnya. Tak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan yang lain agar mendapat tempat didepan.
Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah yang mulia. Ummu Sulaym yang hidup miskin ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah buat Rasulullah tercinta. Lantas Anas bin Malik mendatangi kediaman rasulullah saw dengan membawa putera yang satu-satunya. “wahai rsulullah ,,,Tidak ada di madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa mengkhidmah engkau” ucap Ummu Sulaym berlinang bahagia. Rasulullah saw tersenyum bahagia dan mengusap kepala Anas kecil dan memeluknya.
Semenjak itu Anas kecil senantiasa bersama Rasulullah saw setiap masa di mana jua. Dan Anas bin Malik hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini Anas bin Malik berumur 10 tahun dan apabila Baginda rasullullah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun Anas bin Malik mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila Anas bin Malik sendiri mengekori rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi.
Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik
Berdasarkan pengalaman Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Berikut penuturan Anas:
Anas bin Malik berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sadar, ada seorang berdiri memperhatikan di belakangku dan memegang pundakku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu berkata, ‘Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku?’ Aku pun bingung dan berkata, ‘Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!’ Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, ‘mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?’”.
Unais bermaksud Anas kecil yang diberikan oleh rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini bukan setakat penyakit keturunan adalah “genetik” yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi jua adalah salah satu permasalah genetik yang paling sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang lalui sendiri, dalam kehidupan kita lihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini adalah ia dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani. Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadith.
Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaym yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menyatakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaym. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk dan bersama dengan orang yang hebat. Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaym ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talha yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Yang jelas kita nampak pada kekuatan iman Ummu Sulaym apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.
Kehidupan Anas selepas wafatnya rasullullah
Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara orang yang sangat sedih. Menjadi pembantu persendirian kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah menjadi ambassador umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umurnya, dan hidupnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai banyak zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah.
dipetik dari blog: Bicaranya...ialah Senyum
Sabtu, 2 Disember 2017
Sahihkah hadis 3 perkara?
Sahihkah hadis 3 perkara?
🌹 Tiga perkara
🌹
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama: sahabatnya & bertanya kepada mereka.
💎 bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:
"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
aku suka dari dunia ini 3 perkara
💞 1.duduk duduk bersama rasulullah saw.
💞 2.melihat wajah mu ya rasulullah saw.
💞 3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "
lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"
jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:
💞 1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
💞 2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
💞 3.berkata yg benar walaupun pahit"
"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"
berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:
💞 1.memberi makan
💞 2.memberi salam
💞 3.bersolat malam di waktu manusia tidur"
"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"
"aku juga cintakan 3 perkara:
💞 1.memuliakan tetamu
💞 2.berpuasa di musim panas
💞 3.dan memukul musuh dengan pedang"
kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:
💞 1.lapar
💞 2.sakit
💞 3.mati"
kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
berkata saidina Abu Dzar ra,
💞 1. "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
💞2. aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
💞3 aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"
kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3.solat menjadi penyejuk mata ku"
kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.
kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
💞 1.menyampaikan risalah
💞 2.menunaikan amanah
💞 3.cinta terhadap orang miskin"
kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
💞 1.lidah yang sentiasa berzikir
💞 2.hati yang sentiasa khusyuk
💞 3.jasad yang sabar menanggung ujian"
*AllahuAkbar..
💎 Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar
💎
Wahai sekalian yang membaca ....
Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.
Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab.
Betul ke ustaz?
Jawapan:
Assalamualaikum.
Riwayat ini tidak wujud dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Ia dinukilkan oleh Al-Ajluni dalam Kasyfu al-Khafa' pada muka surat 338-340.
Antara ulama hadis yang menyatakan hal ini ialah Al-Shaikh Abu Ishaq al-Huwaini sebagaimana dalam video di bawah:
Dalam hadis panjang di atas yang TIADA ASALNYA dalam kitab-kitab hadis, terdapat satu potongan yang hampir serupa dengan sebuah hadis yang tsabit, akan tetapi terdapat tambahan lafaz TIGA. Dalam riwayat di atas disebutkan:
Kemudian bersabdalah rasulullah saw
حبب إلي من دنياكم "ثلاث" : النساء ، والطيب ، وجعلت قرة عيني في الصلاة
"aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3.solat menjadi penyejuk mata ku"
Lafaz seperti di atas disebut oleh Imam al-Ghazali dalam beberapa tempat dalam Ihya Ulumuddin.
Lafaz hadis yang ada dalam kitab-kitab hadis ialah:
عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
Anas bin Malik radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ ، وَالطِّيبُ ،
Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian.
وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ
Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat.
[Sunan an-Nasaie, Ahmad, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan lain-lain]
Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan dalam Zadul Ma'ad jilid 1, m/s 151:
صَحّ عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَنّهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ : النّسَاءُ وَالطّيبُ وَجُعِلَتْ قُرّةُ عَيْنِي فِي الصّلَاةِ هَذَا لَفْظُ الْحَدِيثِ وَمَنْ رَوَاهُ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ ثَلَاثٌ فَقَدْ وَهِمَ وَلَمْ يَقُلْ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ ثَلَاثٌ وَالصّلَاةُ لَيْسَتْ مِنْ أُمُورِ الدّنْيَا الّتِي تُضَافُ إلَيْهَا .
Telah sahih daripada nabi s.a.w hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian. Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat. Inilah lafaz hadis tersebut. Sesiapa yang meriwayatkan hadis dengan lafaz " Hal dunia yang dicintaiku ada TIGA.." maka dia telah keliru. Nabi s.a.w tidak menyebutkan lafaz tiga. Solat bukanlah urusan dunia yang dinisbahkan kepadanya.
Ibnu Hajar Al-Haitami menyebutkan dalam Al-Fatawa Al-Hadisiyyah m/s 643:
قال الزين العراقي وابن حجر والزركشي وغيرهم : ولم تقع في شيئ من طرقه بل هي مفسدة للمعنى فإن الصلاة ليست من الدنيا
Imam al-Zain al-Iraqi, Ibn Hajar dan Al-Zarkasyi dan selain mereka berkata: Tidak terdapat satu pun daripada riwayat hadis ini (yang mempunyai lafaz tiga). Bahkan ia merosakkan maksud hadis ini. Sesungguhnya solat bukan urusan dunia.
KESIMPULAN:
Antara ciri-ciri hadis palsu ialah ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadis. Oleh itu hadis ini haram untuk disebarkan kecuali untuk memberitahu ia adalah palsu atau tiada asalnya.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
MAULID: ANTARA SEJARAH DAN AMALAN
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Sementara hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.
Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.
Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Sesetengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.
Pentingnya Maulid
Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.
Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian. Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?
Maulid Dan Politik
Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukannya reka fikir politik itu yang diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.
Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri. Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.
Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar dan wajib. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka TIDAK SALAH untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.
Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).
Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).
Sirah Perlu Sahih
Perlu diingat, antara keistimewaan sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka. Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:
“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).
Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang boleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut: “Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”. Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:
“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).
Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda? Ertinya, kita belum boleh berpuas hati sekadar sambutan tanpa langkah lain yang lebih berkesan.
Selasa, 4 Julai 2017
APOCALYPTIC CARNAGE Devouring Demons Demo Promo Shows 2017



Friendly Fight - Penvia PJCC Petaling Jaya SELANGOR (May 21st)
HellStage - HOSHA Nilai, NEG.SEMBILAN (July 15th)
E/W GrindCore Finale - Rockin' Jamm Masai JOHOR (July 22nd)
BMM VIII - Metalhead Port Kajang SELANGOR (Sept 9th)
A Dangerous Meeting - Metalhead Port Kajang SELANGOR (Oct 14th)
USAH TERPESONA DENGAN KELEMBUTAN AKHLAK PARA PELAKU BID'AH DAN SYIRIK
Ramai di kalangan umat Islam khususnya orang awam mudah terikut-ikut dengan fahaman dan amalan yang dibawa oleh Ahli Bid’ah disebabkan oleh sifat akhlak dan ibadah yang ditampilkan olehnya.
Padahal semua ini adalah gimik atau helah Ahli Bid’ah tersebut bagi mengelabui mata orang awam dari melihat kebatilan yang dibawa oleh mereka, disamping mengharapkan sanjungan dan pujian daripada orang awam terhadap akhlak dan ibadah mereka.
Disebutkan di dalam kitab Thabaqat al-Hanabilah 1/233-234, no. 325 bahawa ada seorang lelaki mengadu kepada al-Imam Ahmad rahimahullah berkenaan seorang lelaki tua yang suka bergaul dengan salah seorang tokoh bid’ah, Harith al-Qashir yang dilihatnya sebagai seorang yang lembut akhlaknya, khusyuk dalam ibadah dan pelbagai kebaikan lainnya. Mendengarkan yang demikian, al-Imam Ahmad rahimahullah dengan marah berkata kepadanya:
Janganlah kau tertipu dengan kekhusyukan dan kelembutannya. Dan jangan kau terpedaya dengan kebiasaannya menundukkan kepalanya (iaitu menzahirkan sifat rendah dirinya) kerana sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat (Ahli Bid’ah). Dia itu tidaklah mengetahuinya kecuali yang telah berpengalaman dengannya!.
Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih menulis di dalam kitabnya, Syarhu Ushulu Sunnah, ms. 53:
Sebahagian orang tertipu dengan Ahli Bid’ah disebabkan kezuhudan dan kekhusyukan serta tangisan atau selainnya dari banyaknya ibadah yang mereka lihat pada mereka. Akan tetapi hal ini bukanlah suatu barometer yang benar dalam mengetahui kebenaran. Nabi telah bersabda kepada para sahabatnya, menyebutkan sebahagian sifat Ahli Bid'ah:
يُحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ قِي صَلاَتِهِ، وَصِيَامَهُ فِي صِيَامِهِ.
Salah seorang di antara kamu merasa hina solatnya (jika) dibandingkan solat mereka (Ahli Bid’ah Khawarij) dan puasanya (jika) dibandingkan puasa mereka. - Shahih Muslim, no. 1064.
Telah diriwayatkan dari al-Auza’i, ia berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa barangsiapa yang berbuat bid’ah yang sesat maka Syaitan akan menjadikannya cinta beribadah dan meletakkan pada dirinya rasa khusyuk dan menangis agar ia dapat memburunya.
Dalam pada itu, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menulis di dalam kitabnya, Fath al-Baari 12/283 dengan katanya:
Orang-orang Khawarij (Ahli Bid’ah) ini digelar al-Qurra’ (para pembaca al-Qur’an) disebabkan kesungguhan dan ketekunannya dalam membaca al-Qur’an dan beribadah. Hanya saja, mereka salah faham dalam mentafsirkan makna al-Qur’an dan lebih mengkedepankan pendapat peribadi. Di sisi lain, sikap mererka sangat berlebihan di dalam menjalankan kezuhudan, kekhusyukan serta ibadah lainnya.
{PENGAJARAN PENTING}:
Baik atau tidaknya akhlak seseorang hendaklah diukur berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih, BUKAN dengan persangkaan dan perasaan semata atau gelaran agama yang disandang olehnya serta kemasyhuran yang diraihnya di sisi masyarakat. Juga bukan dengan kemasnya jubah dan serban yang dipakainya serta kelembutannya dalam berbicara.
Jika seseorang itu telah terbukti penentangannya terhadap sunnah Nabi dan para pendakwah sunnahnya, dan pada waktu yang sama tegar dalam membela kesyirikan serta bid'ah, apakah masih boleh dikatakan bahawa mereka ini adalah baik di sisi Allah dan Rasul-Nya sehingga kita mengangkat dan mengagung-agungkan mereka?
Apakah lagi sifat angkuh yang lebih besar selain daripada keangkuhan untuk tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya?
Beza Ahli Maksiat & Ahli Bidaah
(Ahli maksiat)
- Mereka lakukan maksiat,mereka tidak pernah katakan ianya baik bahkan mereka tahu itu buruk dan keterbukaan mereka untuk bertaubat itu ada...
- Mereka sentiasa sedar maksiat mereka lakukan itu haram...
Orang ramai pun tidak akan sama sekali ikut jejak mereka..
- Mereka yang lakukan maksiat kebanyakan org anggap mereka ini drpd yang jahil,tidak alim,tidak wara'.. Jarang ahli maksiat memakai jubah,serban,duduk di dalam masjid,memberi ceramah...
- Mereka tidak ubah muka agama..Mereka berzina,mereka tidak pernah kata agama benarkan hal ini,ini perkara baik apa salahnya..
(Ahli bidaah)
- Mereka lakukan bidaah kemudian mereka katakan ini benda baik apa salahnya,walaupun nabi tidak buat,tapi nabi tidaklah melarangnya..Keterbukaan mereka utk bertaubat itu sukar kerana mereka sering meyangka hal mereka buat itu dapat pahala drp Allah swt...
- Mereka sentiasa tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu haram sekalipun dpandang baik oleh manusia...Org ramai akan ikuti jejak langkah mereka kerana memandang ianya perkara yang baik..
- Mereka yang lakukan bidaah bukan dri golongan org2 biasa,malah org anggap mereka alim,wara',beriman,soleh,krn pakaian mereka,duduk di dalam masjid,memberikan ceramah,digelar ustaz, habib, syeikh...
- Mereka ubah muka agama itu sendiri...Contohnya nabi ajarkan ketika berlaku kematian jiran2 bawa pergi makanan ke rumah si mati kerana mereka di dalam kesedihan...Namun ahli bidaah dtg mematikan sunnah iaitu menyuruh agar keluarga si mati sediakan makanan utk isi perut imam dan makmum yang lapar...
============
Ahli maksiat dan ahli bidaah kedua2 nya pemusnah agama namun ahli bidaah lebih bahaya dalam merosakkan agama...
Orang yang memiliki kefahaman agama yang paling minimum sekalipun tahu rasuah, judi, arak dan sebagainya adalah satu kesalahan di sisi agama. Namun amat jarang orang awam yang memahami hakikat syirik dan bid'ah yang dibungkus dengan jenama agama.
Mudarat yang dibawa oleh syirik dan bid'ah jauh lebih besar berbanding maksiat seperti rasuah, judi, arak dan sebagainya. Pelaku maksiat yang memiliki akidah yang sejahtera dan ibadah yang menepati sunnah Nabi yang sahih memiliki masa depan yang cerah untuk mendapatkan keredhaan Allah sekaligus memasuki SyurgaNya berbanding mereka yang giat beribadah dan menjauhi maksiat namun akidah sarat dengan najis syirik dan ibadah berlumuran dengan lumpur bid'ah.
Kenapa bid'ah lebih bahaya daripada maksiat?
Bid'ah adalah kemungkaran. Tidak menutup aurat juga adalah kemungkaran .
Bezanya:
1- Bid'ah mencabar kesempurnaan agama Allah dengan menganggap apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah mengandungi kekurangan sehingga ia perlu diubah, ditambah dan dikurangkan. Orang yang mencipta dan melakukan bid'ah mengambil kedudukan Allah dalam menggubal syariat dengan mencipta tatacara ibadah sendiri dan menjanjikan pahala di atas ibadah itu. Ini adalah satu bentuk kesyirikan yang besar.
2- Orang yang tidak menutup aurat sama sekali tidak pernah menganggap perbuatan itu satu ibadah yang berpahala. Malah mereka menyedarinya sebagai perbuatan maksiat di sisi Allah.
Semua dosa maksiat, sebesar dan sebanyak mana pun, tetap mendapat syafaat Nabi di Hari Kiamat kelak selagi pelakunya mati dengan membawa akidah yang sejahtera.
Namun Syirik, sebanyak mana dan sekhusyuk mana pun pelakunya beribadah, ia tetap terlepas daripada jaminan Nabi dan dengan dosa itu, dia kekal di dalam neraka kelak.
Kecuali dia sempat bertaubat sebelum ajal menjemputnya.
** GHURABA MEDIA FB**
Langgan:
Ulasan (Atom)


