Ahad, 31 Oktober 2010
jaga Solat...
"Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?"
* "Sudah, Alhamdulillah.
.
* Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan
solatmu?"
* "Ya."
.
* Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu
rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu
bila-bila masa?"
* "Tidak.."
.
* "Adakah ketika lidahmu menyebut 'Allahu akbar', hatimu turut
membesarkan Allah?"
* "Tidak.."
.
* "Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat
takbir."
* "...."
.
* "Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya
bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?"
* "Tidak.."
.
* "Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada
Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu
memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan
yang sesat lagi dimurkai-NYA?"
* "Tidak.."
* "Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu."
* "...."
.
* "Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga
pergerakanmu agar tidak mendahului iman?"
* "Ya."
.
* "Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh
rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan
kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?"
* "Tidak.."
.
* "Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud."
* "..."
.
* "Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah
dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?"
* "Tidak..".
* "Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu
berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah
lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan
agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?"
* "Tidak.."
* "Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan
tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu".
Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
* 'Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam
solatnya.' (Al-Ma'un": Ayat 4-5)
* "Astaghfirullahal azim...Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk
memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir
dengan-Mu."
Sumber : Anis 2002
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan