Pada 20 November 2013 buat pertama kali dalam hidup seorang ayah yang mana menjadi satu pengalaman hidup yang amat besar bagi seorang lelaki iaitu berkhatan atau bersunat, Pada hari tersebut iaitu hari Rabu pada jam lebih kurang 10 pagi. aku telah pon membuat temujanji awal sebulan dari tarikh untuk berkhatan anak aku.
nama anak aku nie Muhamad Affiq Iman Bin Muhamad Muniff sedap x nama tu umur baru 7 tahun . ok so pagi 2 sebelum masuk klinik untuk daftar aku bawak dulu anak aku minum bagi dia makan roti canai benda yg dia suka, aku datang awal rasanya 30 minit awal so baik minum dulu bagi anak aku rilex sikit. Lebih kurang lg 5minit nak pukul 10am aku pon jalan pelan2 dgn anak aku, restoran tempat aku minum tu tak jauh dari klinik yang aku nak bawak bersunat selang 2 atau 3 deret kedai jer. Bila sampai dalam klinik 2 aku daftarkan anak aku lepas 2 nurse kat situ suruh anak aku pergi tandas utk kencing, dah abis anak aku kencing terus nurse tu suruh masuk bilik utk proses mengkhatankan anak aku. aku masuk sekali sampai dalam sana aku tengok doktor dah siap duduk tepi katil sambil tersenyum hahaha..
Doktor suh anak aku baring dia injet dua tiga kali tengok anak aku stady jer perhh aku pulak yg cuak lepas 2 doktor 2 keluarkan satu benda mcm penyepit tapi hujungnya ada wayar dia cakap ini lah benda yg orang panggil laser tapi benda nie fungsinya mcm welding set ja katanya lah, aku angguk jer la mana aku tau. tak sampai 15 minit siap tampa ada balutan mcm zaman aku dulu2 dulu mmg kena balut anu 2. yg nie x der balut cuma ada jahit sikit la.
tapi itu lah banyak beza berkhatan zaman dulu dan zaman sekarang lebih mudah lebih cepat dan kurang sakit.
jangan lupa bagi makan ubat kat anak jgn tangguh kang meloncat apah pon tak boleh haha. nampak siap boleh main game lagi hebat sungguh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan