Rabu, 18 Mac 2015

PROJET METALPORN BERSAMA FLYING AXE 2015

Salam kepada semua nie baru ada masa nak update cerita apa benda yang aku buat sepatutnya banyak cerita yang boleh ditulis tapi apakan daya setakat nie je mampu. Ok skang nie label aku memang slow dari meriliskan meterial atau stuf baru puncanya mmg banyak dari segi kewangan pon betul juga, jadi aku skang buat la projet yang lebih kurang tolong member member membuatkan susun letak artwork untuk cover atau inlay CD band2 kawan2 yang rapat dan dapatlah upah sikit.
VINIIR - The Story Chapter II hujung tahun 2014 aku buat.
Kebanyakannya artwork memang band dah sediakan bahagian aku cuma masukan susun atur dan bagi sedikit idea, aku gunakan software CS4 Adobe photoshop senang je kerjanya tampal tampal bagi centre dah siap lepas tu print je.
SLAYDEATH - Rowdy Cruel
Projet yang paling baru nie aku buatkan satu band Death Metal kalau diikutkan ceritanya band nie pernah beraksi bersama Suffercation bermain bersama satu stage di suatu masa dulu tetapi apakan daya zaman dan rezeki mereka masa tu mmg tak ada,Kemolorg untuk EP terbaru Revival Of Silence yang berasal dari kajang diangotai lineup baru, lineup lama hanyalah Drumer sahaja iaitu Tokey Repair Jeans dan tukang jahit pakaian yang terkenal di kawasan Bandar Kajang Selangor Encik Odeng.

Untuk setiap rilisan nie aku akan bersama label Flying Axe iaitu patner aku dalam KL THRASHED kami akan bersama meriliskan dn membantu rakan2 atau band yang nak riliskan meterial bajet, kami riliskan proCDR sahaja dimana cdnya di Print Oleh Flying Axe dgn harga RM1 dan dan Inlay aku sendiri Print untuk inlay lipat dua di print luar dan dalam full kaler standard Jewelcase ada inlay belakang sekali dengan harga rm1 juga tetapi kami buat dengan jumlah yg paling maksima 50 keping sahaja untuk band nak riliskan demo mmg sesuailah kerana takan nak keluar demo nak rilis pro cd kalau bandnya mmg betul hebat dan boleh jual xper lah, untuk buat pro cd dan kaset pon aku ada buat juga tapi itu cerita bab lain la oklah setakat itu ja lah kot nanti kalau free kita sambung lagi.. oh ya lupa nak maklum KL THRASHED 2015 akan diadakan pada 31 Oktober 2015. iklan sikit.

Halaman