Rabu, 28 Disember 2016

KISAH TETAMU

Assalamualaikum..

Cerita hari ini berkenaan tetamu aku memang suka menjemput tetamu datang kerumah contahnya macam minggu nie aku jemput rakan yang tinggal di Kajang datang melepak kat rumah aku sambil tu aku buat sikit jamuan ringan ada sahabat yang datang bawak makanan juga jd banyak makanan yang boleh dikongsi bersama dalam itu juga ada yang datang bawak stuf barang barang metal LP dan CD untuk di jual. Orang umah aku sebenarnya sangat suka jika aku melepak dirumah dengan kawan2 aku dari melepak di kedai mamak memang dia akan offer untuk memasak jamuan tersebut.
aku buat bihun goreng satey tu Wan Bonzer support

Tambah kapsyen

tengah membelek LP ada lebih kurang 5 kotak Sen Lobotomy bawak utk di jual

ini Wan Bonzer yang sponser belanja satey.. terima kasih Wan..

Dah dapat Lp Happy la tu..

Antara member member yang sentiasa bersama Sen Lobotomy , Zarmien dan Ed Navrathos

yang botak tu Dx Zaid orang kuat Campbell komplek dan orang kuat Metalcamp, yang belakang DX tu Amir Noor Tahannus..

cd pon ada satu kotak


yang tengah duduk tu Amir Anguish dan yg duduk kat lantai tu Brother Hepeace ts

Brother DX Zaid Slaydeath





WUJUDKAH HADIS DUNIA INI PENJARA ORANG BERIMAN?

Assalamualaikum Dr.dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.ini hadis atau perkataan ulamak?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.

Itu adalah hadis sahih. Ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya
.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ ‏"‏ ‏
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Dunia adalah penjara orang beriman dan syurga orang kafir.
[Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa al-Raqaiq, no: 2956].
Imam an-Nawawi menerangkan dalam Syarah Sahih Muslim:


مَعْنَاهُ أَنَّ كُلَّ مُؤْمِنٍ مَسْجُونٌ مَمْنُوعٌ فِي الدُّنْيَا مِنَ الشَّهَوَاتِ الْمُحَرَّمَةِ وَالْمَكْرُوهَةِ ، مُكَلَّفٌ بِفِعْلِ الطَّاعَاتِ الشَّاقَّةِ ،
Ia bermaksud setiap orang beriman terpenjara, terhalang di dunia daripada (mengikuti) nafsu dalam perkara yang haram dan makruh. Mereka dibebani dengan tanggungjawab melakukan ketaatan yang sukar.


فَإِذَا مَاتَ اسْتَرَاحَ مِنْ هَذَا ، وَانْقَلَبَ إِلَى مَا أَعَدَّ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ مِنَ النَّعِيمِ الدَّائِمِ ، وَالرَّاحَةُ الْخَالِصَةُ مِنَ النُّقْصَانِ .
Apabila mati, orang beriman akan beristirehat daripada semua ini, keadaan mereka akan berubah kepada apa yang telah Allah sediakan untuknya daripada kenikmatan yang berterusan dan kerehatan yang bebas daripada kekurangan.


وَأَمَّا الْكَافِرُ فَإِنَّمَا لَهُ مِنْ ذَلِكَ مَا حَصَّلَ فِي الدُّنْيَا مَعَ قِلَّتِهِ وَتَكْدِيرِهِ بِالْمُنَغِّصَاتِ ، فَإِذَا مَاتَ صَارَ إِلَى الْعَذَابِ الدَّائِمِ ، وَشَقَاءِ الْأَبَدِ
Adapun orang kafir, sesungguhnya dia mendapatkan kesenangan dunia yang sedikit dan bercampur pula dengan kesusahan. Apabila dia mati, dia akan pergi ke azab yang berterusan dan kesusahan yang selama-lamanya.

[Syarah Sahih Muslim].

Wallahua'lam.

-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

5 ulasan:

Skudal berkata...

steady..siap ada mini jualan cd dan LP pulak tu

D'arsil berkata...

terbaik bro,

Abu Syeikh al-Ghuraba' berkata...

ASSALAMUALAIKUM. Maaf, satu teguran berkaitan artikel ini.

Kisah yang anda tuliskan ini sebenarnya potongan dr kitab Syiah,ia dari teks terjemahannya dari kitab MIZAN Al-HIKMAH..

inilah jahatnya puak Syiah Laknatullah, strategi mereka putarbelitkan cerita dan hadis.

Bagi mereka, ia 1 kemenangan dah sbbnya kita yang tidak mengaji dan mempelajari hadis sahih, telah viral/share/sebarkan kisah seperti itu.

Maka berhati-hatilah wahai ahlu Sunnah wal Jamaah.

Wallahua'lam.



TETAMU MEMBAWA BERKAT.
Ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiapkali ia membawa tamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah SAW.

Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda, "Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumah kita."

Rasulullah SAW berpesan kepada orang itu, "Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tamu pada saat keluar rumah."

Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah SAW. Pada saat tamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah SAW bersabda, "Kedatangan tamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana."

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tamu.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Imam Ali bin Musa Ar-Redha berkata, "Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya."

Rasulullah SAW bersabda, "Suatu majlis (pertemuan) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah SAW bersabda, "Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,
"Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. Para malaikat itu berkata, jadikan syurga itu sebagai MISI dan VISI kita." (Mizan Al Hikmah)

Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tamu, maka itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu".

Metal Sangap berkata...

Terima kasih atas teguran itu saya akan padam hadis Syiah ni mmg saya pon tak mengetahui ingatkan shahih masyallah semoga Allah membalas kebaikan tuan itu

Metal Sangap berkata...

Terima kasih byk2 tuan atas teguran otu

Halaman