Sahihkah hadis 3 perkara?


Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama: sahabatnya & bertanya kepada mereka.

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
aku suka dari dunia ini 3 perkara



lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"
jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:



"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"
berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:



"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"
"aku juga cintakan 3 perkara:



kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:



kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
berkata saidina Abu Dzar ra,



kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:



kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.
kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :



kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:



*AllahuAkbar..


Wahai sekalian yang membaca ....
Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.
Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab.
Betul ke ustaz?
Jawapan:
Assalamualaikum.
Riwayat ini tidak wujud dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Ia dinukilkan oleh Al-Ajluni dalam Kasyfu al-Khafa' pada muka surat 338-340.
Antara ulama hadis yang menyatakan hal ini ialah Al-Shaikh Abu Ishaq al-Huwaini sebagaimana dalam video di bawah:
Dalam hadis panjang di atas yang TIADA ASALNYA dalam kitab-kitab hadis, terdapat satu potongan yang hampir serupa dengan sebuah hadis yang tsabit, akan tetapi terdapat tambahan lafaz TIGA. Dalam riwayat di atas disebutkan:
Kemudian bersabdalah rasulullah saw
حبب إلي من دنياكم "ثلاث" : النساء ، والطيب ، وجعلت قرة عيني في الصلاة
"aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:



Lafaz seperti di atas disebut oleh Imam al-Ghazali dalam beberapa tempat dalam Ihya Ulumuddin.
Lafaz hadis yang ada dalam kitab-kitab hadis ialah:
عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
Anas bin Malik radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ ، وَالطِّيبُ ،
Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian.
وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ
Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat.
[Sunan an-Nasaie, Ahmad, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan lain-lain]
Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan dalam Zadul Ma'ad jilid 1, m/s 151:
صَحّ عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَنّهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ : النّسَاءُ وَالطّيبُ وَجُعِلَتْ قُرّةُ عَيْنِي فِي الصّلَاةِ هَذَا لَفْظُ الْحَدِيثِ وَمَنْ رَوَاهُ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ ثَلَاثٌ فَقَدْ وَهِمَ وَلَمْ يَقُلْ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ ثَلَاثٌ وَالصّلَاةُ لَيْسَتْ مِنْ أُمُورِ الدّنْيَا الّتِي تُضَافُ إلَيْهَا .
Telah sahih daripada nabi s.a.w hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian. Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat. Inilah lafaz hadis tersebut. Sesiapa yang meriwayatkan hadis dengan lafaz " Hal dunia yang dicintaiku ada TIGA.." maka dia telah keliru. Nabi s.a.w tidak menyebutkan lafaz tiga. Solat bukanlah urusan dunia yang dinisbahkan kepadanya.
Ibnu Hajar Al-Haitami menyebutkan dalam Al-Fatawa Al-Hadisiyyah m/s 643:
قال الزين العراقي وابن حجر والزركشي وغيرهم : ولم تقع في شيئ من طرقه بل هي مفسدة للمعنى فإن الصلاة ليست من الدنيا
Imam al-Zain al-Iraqi, Ibn Hajar dan Al-Zarkasyi dan selain mereka berkata: Tidak terdapat satu pun daripada riwayat hadis ini (yang mempunyai lafaz tiga). Bahkan ia merosakkan maksud hadis ini. Sesungguhnya solat bukan urusan dunia.
KESIMPULAN:
Antara ciri-ciri hadis palsu ialah ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadis. Oleh itu hadis ini haram untuk disebarkan kecuali untuk memberitahu ia adalah palsu atau tiada asalnya.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan