Khamis, 3 Oktober 2019

BERHENTI MEMPELAJARI AGAMA DAN GHAIB DARI MAJLIS ILMU

Ilmu merupakan antara perkara bernilai dalam hidup, tidak perlu diceritakan kelebihan atau fadhilat ilmu. Semuda-muda manusia pun tahu kepentingannya.

Apakah yang terjadi apabila seseorang berhenti daripada menghadiri majlis ilmu?

1- Dia tak akan mendapat semua kurniaan yang Allah khaskan kepada penuntut ilmu seperti; rahmat, sakinah, keampunan, dan diangkatkan darajat di sisi-Nya.

2- Masa yang tidak diisi dengan kebaikan bertukar kepada aktiviti yang melalaikan. Jangan salah anggap, aktiviti yang menjadi keperluan manusia itu mesti, ia dapat dianggap sebagai ibadah juga.

Cuma masa manusia itu pastinya tidak semua berisi dengan kerja, keluarga, dan ibadah. Akan ada senggang kekosongan. Inilah yang biasanya jika tidak dipenuhkan dengan kebaikan akan cenderung ke arah melalaikan.

3- Kehilangan zat pada ruh, ini kerana ilmu kepada jiwa umpama makanan kepada jasad. Perasan atau tidak, sesiapa lama tidak menghadiri/belajar ilmu akan rasa kekosongan jiwa pada minggu-minggu yang berlalu? Ini adalah sesuatu yang nyata.

4- Majlis ilmu juga adalah majlis nasihat dan tazkirah kepada manusia, ia bentuk muhasabah yang paling mudah. Manusia ini mudah alpa dan susah untuk menasihatkan diri sendiri. Jadi sesiapa yang hilang dari majlis ilmu, hilang jugalah faedah  ini pada dirinya.

Berkata Abu Hazim rahimahullah:

" لاَ تكون عَالمًا حتَّى تكُونَ فيِكَ ثلاث خِصالٍ: لاَ تَبغِي عَلىَ مَنْ فوقكَ، وَلاَ تحقرْ مَنْ دُونَكَ، وَلاَ تأخذْ عَلىَ عِلْمِكَ دُنْيَا"
[ شعب الإيمان، للبيهقي: 2/288]

"Engkau tidak akan menjadi orang yang berilmu melainkan pada diri mu ada tiga perkara: 1- Engkau tidak mencari-cari orang yang berada di atas mu 2- Engkau tidak merendah-rendahkan orang yang di bawah mu 3- Engkau tidak mengambil kesempatan dengan ilmu mu (perkara-perkara) dunia"

Manusia akan bertambah baik dari semasa ke semasa dengan ilmu. Jangan pernah berkata ilmu telah cukup di dada, kerana tetap akan ada ruang untuk kita memperbaiki diri sehinggalah ajal kita tiba. Jadinya, cubalah perutukan masa khas untuk menuntut ilmu.

Boleh insyaAllah.

Ustad Yasir Ramlee

1 ulasan:

amoi property berkata...

Aslm.. En.. Sy mohon utk en hubungi saya melalui emai haslindakhoo@gmail.com sy ingin mndapatkn kerjasama en dlm kajian sy berkaitan dgn masyarakat mandailing dlm aktiviti bijih timah Di perak.. Sy perlu kan Sumber dri en utk kajian sejarah sy peringat sarjana.. En tlg la sy.. Sy buntu dlm kajian mandailing Di perak.. Sekian Terima kasih

Halaman