Selasa, 30 Ogos 2016

UPGRADE GITAR LES PAUL CAP AYAM

salam semua benda ni dah lama  buat cuma tadi baru terperasan gambarnya ada dan baru nampak ada idea jadi daripada takde benda nak aku cerita baik cerita benda nie dulu. kira dua bulan lepas entah mcm mana aku berani mencuba untuk menukarkan pickup gitar, donggle suis gitar dan pickguard untuk gitar lespaul cap ayam aku dah boring dengan warna pickguard lama so cuba masukan warna yang baru iaitu warna hitam semua benda nie aku beli secara online je memang barang barang ni sgt murah tapi Alhamdulillah menjadi benda tu aku mmg x ada apa apa skill yg tinggi kira mmg aku bantai je  sebenarnya.

nie lah asalnya benda yg pertama rosak  akhirnya aku tukar sekali dengan pickupnya sekali.


ini pickup china mali ok jugak soundnya boleh la harga RM30 kalau x silap aku beli kat lazada je..

tu pickup asal crome pickguard pon warna krim aku gatal tangan tukar jadi hitam.

dah siap macam nie la jadinya

DAH JUMPA HOBI BARU (PISAU TACTICAL)

tak tahu macam mana nak cerita tentang perkara ni tapi yang aku pasti benda ni dah lama cuma tak menjadi seperti ini di mana aku suka membeli pisau taktikal. pisau yang pertama aku dapat adalah hadiah pemberian arwah abah aku masa aku darjah 6 masa tu aku join pengakap dan pertama kali berkhemah pisau tu sekarang masih aku simpan dan dalam projet untuk menaik taraf sarung yang baru nanti dah siap aku update pada entry baru. jadi gambar ini adalah pisau yg mana tahun ini aku beli.
ini pisau band Buck tapi tak pasti la original atau tak yang pasti aku suka bentuknya dan paling penting harganya berpatutan dan mampu beli kita bukan orang kaya.

Dua dua nie jenis folding knife yg ini aku beli kat kedai D.I.Y je harga bawah RM 10 je.

yang nie aku dapatkan pasangan celoreng sama tapi yang satu jenis  butterfly Knife yang satu lagi tu jenis Folding knife

kotak tu  aku yang potong sendiru konon nak simpan  hahaha...

Sajak yang aku rasa macam best.


HAI MELAYU..


Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun,
Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Harapkan Ustaz,
Saling menyesat,
Harapkan hiburan,
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa,
Banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan,
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah,
Banyak digadai kepada Korporat!!

Hai melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit,
Sembang kencang,
Banyak rungut,
Sikit rancang,
Siapa tegur,
Dituduh lancang,
Duduk warung,
Gigit kacang!

Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
Kau cuma tahu ber gaya.

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana Malaya bukan lagi milik mu !
Aku pun melayu,
Engkau pun melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki sesama bangsa harus guris,
Bersatulah Melayu kerana agama, bangsa,
Moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara,
Berjasa dan Berkuasa.......
Pedih menyengat.....
Untuk muhasabah diri kita

JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG
LAYU DI TANAH SENDIRI

A. Samad Said

Ahad, 14 Ogos 2016

Semoga masa yang singkat ini bisa bermanfaat



Kenapa Setelah berkahwin Isteri sudah kehilangan kecantikan Dibanding Wanita Lain?

Seorang suami mengadukkan apa yang ia rasakan kepada seorang Syekh.

Dia berkata: "Ketika aku melihat kecantikkan bakal istriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia. Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada istriku."

Syekh berkata: "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat dari pada itu atau yang lebih pahit?" 

Laki-laki tadi menjawab: "Iya, mahu."

Syekh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada mereka semua." 

Laki-laki itu tersenyum masam, lalu ia berkata: "Kenapa tuan Syekh berkata demikian?" 

Syekh: "Karena masalahnya bukan terletak pada istrimu. Tapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.
Rasulullah bersabda:
لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang boleh memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mau bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan istrimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia ini?"

Laki-laki menjawab: "Iya, pasti mahu sekali."

Syekh: "TUNDUKAN PANDANGAN MU"

Halaman