Isnin, 25 Disember 2017

Kisah Riwayat hidup Anas Bin Malik

Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini? Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan Anas bin Malik semasa zaman rasullullah. Ada kajian dan pengiraan yang menyatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.
Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Anas bin Malik adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah.
Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan Baginda Rasulullah?
Kisahnya begini…
Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota makkah. Seperti menunggu sesuatu cahaya dan berharap cahaya ini segera datang dan muncul. Ada rasa cemas dipancaran mata setiap mereka. Ada rasa yang hendak membuncah. Rasa yang tak dapat diterka. Berbahagia atau sebaliknya.
Sesaat kemudian. Tiba-tiba semua orang melompat kegirangan,tua, muda dan anak anak. Semua bergembira. Ditengah mereka seorang ibu bergegas membawa putra ingusannya menuju kerumunan orang banyak. Semua berlomba dan berlari agar mendapat tempat dimana mereka dapat melihat sosok itu sepuas-puasnya. Tak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan yang lain agar mendapat tempat didepan.
Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah yang mulia. Ummu Sulaym yang hidup miskin ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah buat Rasulullah tercinta. Lantas Anas bin Malik mendatangi kediaman rasulullah saw dengan membawa putera yang satu-satunya. “wahai rsulullah ,,,Tidak ada di madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa mengkhidmah engkau” ucap Ummu Sulaym berlinang bahagia. Rasulullah saw tersenyum bahagia dan mengusap kepala Anas kecil dan memeluknya.
Semenjak itu Anas kecil senantiasa bersama Rasulullah saw setiap masa di mana jua. Dan Anas bin Malik hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini Anas bin Malik berumur 10 tahun dan apabila Baginda rasullullah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun Anas bin Malik mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila Anas bin Malik sendiri mengekori rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi.
Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik
Berdasarkan pengalaman Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Berikut penuturan Anas:
Anas bin Malik berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sadar, ada seorang berdiri memperhatikan di belakangku dan memegang pundakku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu berkata, ‘Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku?’ Aku pun bingung dan berkata, ‘Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!’ Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, ‘mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?’”.
Unais bermaksud Anas kecil yang diberikan oleh rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini bukan setakat penyakit keturunan adalah “genetik” yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi jua adalah salah satu permasalah genetik yang paling sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang lalui sendiri, dalam kehidupan kita lihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini adalah ia dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani. Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadith.
Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaym yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menyatakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaym. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk dan bersama dengan orang yang hebat. Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaym ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talha yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Yang jelas kita nampak pada kekuatan iman Ummu Sulaym apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.
Kehidupan Anas selepas wafatnya rasullullah
Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara orang yang sangat sedih. Menjadi pembantu persendirian kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah menjadi ambassador umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umurnya, dan hidupnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai banyak zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah.

dipetik dari blog:  Bicaranya...ialah Senyum

Sabtu, 2 Disember 2017

Sahihkah hadis 3 perkara?

Sahihkah hadis 3 perkara?

🌹 Tiga perkara 🌹

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama: sahabatnya & bertanya kepada mereka.

💎 bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra

aku suka dari dunia ini 3 perkara

💞 1.duduk duduk bersama rasulullah saw.
💞 2.melihat wajah mu ya rasulullah saw.
💞 3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "

lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"

jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

💞 1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
💞 2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
💞 3.berkata yg benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"

berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

💞 1.memberi makan 
💞 2.memberi salam
💞 3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

💞 1.memuliakan tetamu
💞 2.berpuasa di musim panas
💞 3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra

"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

💞 1.lapar
💞 2.sakit
💞 3.mati"

kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra,
💞 1. "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
💞2. aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
💞3 aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3.solat menjadi penyejuk mata ku"

kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :

💞 1.menyampaikan risalah
💞 2.menunaikan amanah
💞 3.cinta terhadap orang miskin"

kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

💞 1.lidah yang sentiasa berzikir
💞 2.hati yang sentiasa khusyuk
💞 3.jasad yang sabar menanggung ujian"

*AllahuAkbar..

💎 Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar 💎

Wahai sekalian yang membaca ....

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab. 
Betul ke ustaz?

Jawapan:

Assalamualaikum.

Riwayat ini tidak wujud dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Ia dinukilkan oleh Al-Ajluni dalam Kasyfu al-Khafa' pada muka surat 338-340.

Antara ulama hadis yang menyatakan hal ini ialah Al-Shaikh Abu Ishaq al-Huwaini sebagaimana dalam video di bawah:

Dalam hadis panjang di atas yang TIADA ASALNYA dalam kitab-kitab hadis, terdapat satu potongan yang hampir serupa dengan sebuah hadis yang tsabit, akan tetapi terdapat tambahan lafaz TIGA. Dalam riwayat di atas disebutkan:

Kemudian bersabdalah rasulullah saw

حبب إلي من دنياكم "ثلاث" : النساء ، والطيب ، وجعلت قرة عيني في الصلاة
"aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3.solat menjadi penyejuk mata ku"

Lafaz seperti di atas disebut oleh Imam al-Ghazali dalam beberapa tempat dalam Ihya Ulumuddin.

Lafaz hadis yang ada dalam kitab-kitab hadis ialah:

عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ 
Anas bin Malik radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ ، وَالطِّيبُ ،
Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian.

وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ
Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat.
[Sunan an-Nasaie, Ahmad, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan lain-lain]

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan dalam Zadul Ma'ad jilid 1, m/s 151:

صَحّ عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَنّهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ : النّسَاءُ وَالطّيبُ وَجُعِلَتْ قُرّةُ عَيْنِي فِي الصّلَاةِ هَذَا لَفْظُ الْحَدِيثِ وَمَنْ رَوَاهُ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ ثَلَاثٌ فَقَدْ وَهِمَ وَلَمْ يَقُلْ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ ثَلَاثٌ وَالصّلَاةُ لَيْسَتْ مِنْ أُمُورِ الدّنْيَا الّتِي تُضَافُ إلَيْهَا .
Telah sahih daripada nabi s.a.w hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian. Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat. Inilah lafaz hadis tersebut. Sesiapa yang meriwayatkan hadis dengan lafaz " Hal dunia yang dicintaiku ada TIGA.." maka dia telah keliru. Nabi s.a.w tidak menyebutkan lafaz tiga. Solat bukanlah urusan dunia yang dinisbahkan kepadanya.

Ibnu Hajar Al-Haitami menyebutkan dalam Al-Fatawa Al-Hadisiyyah m/s 643:

قال الزين العراقي وابن حجر والزركشي وغيرهم : ولم تقع في شيئ من طرقه بل هي مفسدة للمعنى فإن الصلاة ليست من الدنيا
Imam al-Zain al-Iraqi, Ibn Hajar dan Al-Zarkasyi dan selain mereka berkata: Tidak terdapat satu pun daripada riwayat hadis ini (yang mempunyai lafaz tiga). Bahkan ia merosakkan maksud hadis ini. Sesungguhnya solat bukan urusan dunia.

KESIMPULAN:
Antara ciri-ciri hadis palsu ialah ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadis. Oleh itu hadis ini haram untuk disebarkan kecuali untuk memberitahu ia adalah palsu atau tiada asalnya.

Wallahua'lam.

-ADMIN-

MAULID: ANTARA SEJARAH DAN AMALAN



Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Sementara hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.

Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.

Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Sesetengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.

Pentingnya Maulid

Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.

Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian. Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?

Maulid Dan Politik

Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukannya reka fikir politik itu yang diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.

Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri. Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar dan wajib. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka TIDAK SALAH untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.

Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).

Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:

“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).

Sirah Perlu Sahih

Perlu diingat, antara keistimewaan sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka. Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:

“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).

Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang boleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut: “Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”. Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:

“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).

Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda? Ertinya, kita belum boleh berpuas hati sekadar sambutan tanpa langkah lain yang lebih berkesan.

Selasa, 4 Julai 2017

APOCALYPTIC CARNAGE Devouring Demons Demo Promo Shows 2017











Friendly Fight - Penvia PJCC Petaling Jaya SELANGOR (May 21st)

HellStage - HOSHA Nilai, NEG.SEMBILAN (July 15th)

E/W GrindCore Finale - Rockin' Jamm Masai JOHOR (July 22nd)

BMM VIII - Metalhead​ Port Kajang SELANGOR (Sept 9th)

A Dangerous Meeting - Metalhead Port Kajang SELANGOR (Oct 14th)

USAH TERPESONA DENGAN KELEMBUTAN AKHLAK PARA PELAKU BID'AH DAN SYIRIK



Ramai di kalangan umat Islam khususnya orang awam mudah terikut-ikut dengan fahaman dan amalan yang dibawa oleh Ahli Bid’ah disebabkan oleh sifat akhlak dan ibadah yang ditampilkan olehnya.


Padahal semua ini adalah gimik atau helah Ahli Bid’ah tersebut bagi mengelabui mata orang awam dari melihat kebatilan yang dibawa oleh mereka, disamping mengharapkan sanjungan dan pujian daripada orang awam terhadap akhlak dan ibadah mereka.

Disebutkan di dalam kitab Thabaqat al-Hanabilah 1/233-234, no. 325 bahawa ada seorang lelaki mengadu kepada al-Imam Ahmad rahimahullah berkenaan seorang lelaki tua yang suka bergaul dengan salah seorang tokoh bid’ah, Harith al-Qashir yang dilihatnya sebagai seorang yang lembut akhlaknya, khusyuk dalam ibadah dan pelbagai kebaikan lainnya. Mendengarkan yang demikian, al-Imam Ahmad rahimahullah dengan marah berkata kepadanya:

Janganlah kau tertipu dengan kekhusyukan dan kelembutannya. Dan jangan kau terpedaya dengan kebiasaannya menundukkan kepalanya (iaitu menzahirkan sifat rendah dirinya) kerana sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat (Ahli Bid’ah). Dia itu tidaklah mengetahuinya kecuali yang telah berpengalaman dengannya!.

Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih menulis di dalam kitabnya, Syarhu Ushulu Sunnah, ms. 53:

Sebahagian orang tertipu dengan Ahli Bid’ah disebabkan kezuhudan dan kekhusyukan serta tangisan atau selainnya dari banyaknya ibadah yang mereka lihat pada mereka. Akan tetapi hal ini bukanlah suatu barometer yang benar dalam mengetahui kebenaran. Nabi telah bersabda kepada para sahabatnya, menyebutkan sebahagian sifat Ahli Bid'ah:

يُحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ قِي صَلاَتِهِ، وَصِيَامَهُ فِي صِيَامِهِ.

Salah seorang di antara kamu merasa hina solatnya (jika) dibandingkan solat mereka (Ahli Bid’ah Khawarij) dan puasanya (jika) dibandingkan puasa mereka. - Shahih Muslim, no. 1064.

Telah diriwayatkan dari al-Auza’i, ia berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa barangsiapa yang berbuat bid’ah yang sesat maka Syaitan akan menjadikannya cinta beribadah dan meletakkan pada dirinya rasa khusyuk dan menangis agar ia dapat memburunya.

Dalam pada itu, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menulis di dalam kitabnya, Fath al-Baari 12/283 dengan katanya:

Orang-orang Khawarij (Ahli Bid’ah) ini digelar al-Qurra’ (para pembaca al-Qur’an) disebabkan kesungguhan dan ketekunannya dalam membaca al-Qur’an dan beribadah. Hanya saja, mereka salah faham dalam mentafsirkan makna al-Qur’an dan lebih mengkedepankan pendapat peribadi. Di sisi lain, sikap mererka sangat berlebihan di dalam menjalankan kezuhudan, kekhusyukan serta ibadah lainnya.

{PENGAJARAN PENTING}:

Baik atau tidaknya akhlak seseorang hendaklah diukur berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih, BUKAN dengan persangkaan dan perasaan semata atau gelaran agama yang disandang olehnya serta kemasyhuran yang diraihnya di sisi masyarakat. Juga bukan dengan kemasnya jubah dan serban yang dipakainya serta kelembutannya dalam berbicara.

Jika seseorang itu telah terbukti penentangannya terhadap sunnah Nabi dan para pendakwah sunnahnya, dan pada waktu yang sama tegar dalam membela kesyirikan serta bid'ah, apakah masih boleh dikatakan bahawa mereka ini adalah baik di sisi Allah dan Rasul-Nya sehingga kita mengangkat dan mengagung-agungkan mereka?

Apakah lagi sifat angkuh yang lebih besar selain daripada keangkuhan untuk tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya?


Beza Ahli Maksiat & Ahli Bidaah



(Ahli maksiat)

- Mereka lakukan maksiat,mereka tidak pernah katakan ianya baik bahkan mereka tahu itu buruk dan keterbukaan mereka untuk bertaubat itu ada...


- Mereka sentiasa sedar maksiat mereka lakukan itu haram...
Orang ramai pun tidak akan sama sekali ikut jejak mereka..

- Mereka yang lakukan maksiat kebanyakan org anggap mereka ini drpd yang jahil,tidak alim,tidak wara'.. Jarang ahli maksiat memakai jubah,serban,duduk di dalam masjid,memberi ceramah...

- Mereka tidak ubah muka agama..Mereka berzina,mereka tidak pernah kata agama benarkan hal ini,ini perkara baik apa salahnya..

(Ahli bidaah)

- Mereka lakukan bidaah kemudian mereka katakan ini benda baik apa salahnya,walaupun nabi tidak buat,tapi nabi tidaklah melarangnya..Keterbukaan mereka utk bertaubat itu sukar kerana mereka sering meyangka hal mereka buat itu dapat pahala drp Allah swt...

- Mereka sentiasa tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu haram sekalipun dpandang baik oleh manusia...Org ramai akan ikuti jejak langkah mereka kerana memandang ianya perkara yang baik..

- Mereka yang lakukan bidaah bukan dri golongan org2 biasa,malah org anggap mereka alim,wara',beriman,soleh,krn pakaian mereka,duduk di dalam masjid,memberikan ceramah,digelar ustaz, habib, syeikh...

- Mereka ubah muka agama itu sendiri...Contohnya nabi ajarkan ketika berlaku kematian jiran2 bawa pergi makanan ke rumah si mati kerana mereka di dalam kesedihan...Namun ahli bidaah dtg mematikan sunnah iaitu menyuruh agar keluarga si mati sediakan makanan utk isi perut imam dan makmum yang lapar...

============

Ahli maksiat dan ahli bidaah kedua2 nya pemusnah agama namun ahli bidaah lebih bahaya dalam merosakkan agama...

Orang yang memiliki kefahaman agama yang paling minimum sekalipun tahu rasuah, judi, arak dan sebagainya adalah satu kesalahan di sisi agama. Namun amat jarang orang awam yang memahami hakikat syirik dan bid'ah yang dibungkus dengan jenama agama.

Mudarat yang dibawa oleh syirik dan bid'ah jauh lebih besar berbanding maksiat seperti rasuah, judi, arak dan sebagainya. Pelaku maksiat yang memiliki akidah yang sejahtera dan ibadah yang menepati sunnah Nabi yang sahih memiliki masa depan yang cerah untuk mendapatkan keredhaan Allah sekaligus memasuki SyurgaNya berbanding mereka yang giat beribadah dan menjauhi maksiat namun akidah sarat dengan najis syirik dan ibadah berlumuran dengan lumpur bid'ah.


Kenapa bid'ah lebih bahaya daripada maksiat?

Bid'ah adalah kemungkaran. Tidak menutup aurat juga adalah kemungkaran .

Bezanya:


1- Bid'ah mencabar kesempurnaan agama Allah dengan menganggap apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah mengandungi kekurangan sehingga ia perlu diubah, ditambah dan dikurangkan. Orang yang mencipta dan melakukan bid'ah mengambil kedudukan Allah dalam menggubal syariat dengan mencipta tatacara ibadah sendiri dan menjanjikan pahala di atas ibadah itu. Ini adalah satu bentuk kesyirikan yang besar.

2- Orang yang tidak menutup aurat sama sekali tidak pernah menganggap perbuatan itu satu ibadah yang berpahala. Malah mereka menyedarinya sebagai perbuatan maksiat di sisi Allah.

Semua dosa maksiat, sebesar dan sebanyak mana pun, tetap mendapat syafaat Nabi di Hari Kiamat kelak selagi pelakunya mati dengan membawa akidah yang sejahtera.

Namun Syirik, sebanyak mana dan sekhusyuk mana pun pelakunya beribadah, ia tetap terlepas daripada jaminan Nabi dan dengan dosa itu, dia kekal di dalam neraka kelak.

Kecuali dia sempat bertaubat sebelum ajal menjemputnya.

** GHURABA MEDIA FB**

Jumaat, 30 Jun 2017

LARANGAN MENYAMPAIKAN HADITS LEMAH/ PALSU

Assalammualaikum...

Sekarang ini, sungguh-sungguh kita telah mendengar banyak dai/ah, ustadz/ah, mamah/ aa, habaib, syaikh dan semisalnya menyampaikan di dalam banyak ceramah mereka di berbagai tempat berbagai hadits yang dinisbahkan kepada Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Atau juga kita banyak melihat di dalam aneka tulisan mereka apakah berupa buku, diktat, artikel di majalah, surat kabar, internet, postingan status di fesbuk, twitter dan yang sejenisnya tentang hal tersebut. Mereka menyampaikan hadits-hadits itu sesuai dengan tujuan dan keinginan mereka tanpa mau menerangkan hadits itu diriwayatkan oleh siapa, bagaimana kedudukan derajat hadits tersebut”, shahih atau tidak dan tidak pula menerangkan buku-buku rujukannya. Padahal boleh jadi, hadits yang dibawakan itu adalah hadits maudlu’ (palsu) atau dlo’if (lemah) yang tidak boleh diamalkan atau dijadikan dasar dalam perkara-perkara agama. Karena pada dasarnya hadits tersebut bukan perkataan atau perbuatan Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam, namun dinisbahkan kepada Beliau Shallallahu alaihi wa sallam, maka jadilah mereka dengan sebab itu sebagai ‘orang yang berdusta atas nama Rosul Shallallahu alaihi wa sallam’.

Hal ini, mungkin karena kebodohan mereka tentang suatu hadits dan bahayanya menyampaikan hadits lemah/ palsu, rasa malas yang menghimpit mereka untuk membuka buku-buku yang berkenaan dengan hadits-hadits tersebut atau karena mereka memang suka memudah-mudahkan diri di dalam mempelajari dan menerangkan perkara-perkara agama mereka?.

Simaklah perkataan Abu Syamah rahimahullah (lihat Tamam al-Minnah halaman 32), “Perbuatan para ulama yang membawakan hadits-hadits dla’if ini, menurut para muhaqqiq (ahli) hadits, ulama ushul dan pakar Fikih adalah SUATU KEKELIRUAN. Bahkan mereka wajib menjelaskan perkara tersebut jika mampu. Jika tidak, mereka akan terkena ancaman Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam di dalam hadits berikut,

عن سمرة قال: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: مَنْ حَدَّثَ عَنىِّ بِحَدِيْثٍ يَرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ اْلكَاذِبِيْنَ

1). Dari Samurah radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang menyampaikan suatu hadits dariku padahal ia mengetahui bahwasanya ia berdusta maka dia adalah salah seorang pendusta”. [HR Muslim, at-Turmudziy: 2664 dan Ahmad: V/ 19. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih sebagaimana di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 6199 dan Mukhtashor Shahih Muslim: 1863].

عن سلمة بن الأكوع قال: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم يَقُوْلُ: مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَاَ لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

2). Dari Salamah bin al-Akwa’ radliyallahu anhu berkata, aku pernah mendengar Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang berkata atas namaku sesuatu yang TIDAK pernah aku katakan, maka siapkan tempatnya di neraka”. [HR al-Bukhoriy: 109 dan Ahmad: II/ 501 dari Abu Hurairah. Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albaniy di dalam Mukhtasor shahih al-Bukhoriy: 74]

عن أبي هريرة قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم : مَنْ تَقَوَّلَ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

3). Dari Abu Hurairah radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam, “ Barangsiapa yang berucap atas namaku yang TIDAK pernah aku ucapkan maka siapkan tempatnya di neraka. [HR Ibnu Majah: 34 dan Ahmad II/ 321. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih sebagaimana di Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 6161 dan Misykah al-Mashobih: 5940].

عن أبى قتادة قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم يَقُوْلُ عَلىَ اْلمِـنْبَرِ : إِيَّاكُمْ وَ كَثْرَةَ اْلحَدِيْثِ عَنىِّ فَمَنْ قَالَ عَلَيَّ فَلْيَقُلْ حَقًّا أَوْ صِدْقًا وَ مَنْ تَقَوَّلَ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

4). Dari Abu Qotadah berkata, “Aku pernah mendengar Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda di atas mimbar, “Waspadalah kalian dari banyak menyampaikan hadits dariku. Barangsiapa yang hendak berkata maka berkatalah yang benar atau yang hak. Dan barangsiapa yang berucap atas namaku yang TIDAK pernah aku ucapkan maka siapkan tempatnya di neraka”. [HR Ibnu Majah: 35, Ahmad: V/ 297 dan ad-Darimiy: I/ 77. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: hasan sebagaimana di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 2684 dan Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah: 1753].

عن المغيرة قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم يَقُوْلُ: إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلىَ أَحَدٍ فَمَنْ كَذِبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

5). Dari al-Mughirah berkata, aku pernah mendengar Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya berdusta atas namaku itu tidaklah seperti berdusta atas nama seseorang. Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka siapkan tempatnya itu di neraka”. [HR Muslim: 4. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih, Sebagaimana di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 2142 dan Mukhtashor Shahih Muslim: 1862].

Adapun hadits,

مَنْ كَذِبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

6). “Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka siapkan tempatnya itu di neraka”.

Hadits ini adalah mutawatir (yakni hadits yang diriwayatkan oleh lebih dari satu shahabat). [HR al-Bukhoriy: 107 dari Zubair, 110, 7197 dari Abu Hurairah, Muslim: 3, at-Turmudziy: 2257, 2659 dari Ibnu Mas’ud, 2661 dari Anas, 2669 dari Ibnu Amr, Ibnu Majah: 30 dari Ibnu Mas’ud, 32 dari Anas, 33 dari Jabir, 36 dari Zubair, 37 dari Abu Sa’id, Abu Dawud: 3651 dari Zubair, dan Ahmad: II/ 159, 171, 214 dari Ibnu Amr, IV/ 47 dari Salamah bin al-Akwa’, I/ 389, 401, 402, 405, 436 dari Ibnu Mas’ud, II/ 410, 413, 469, 519 dari Abu Hurairah, III/ 39, 44, 56 dari Abu Sa’id, III/ 98, 113, 116, 166, 173, 176, 203, 223, 278, 279, 280 dari Anas. [Lihat Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 6519].

عن علي يقول: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه و سلم: لاَ تَكْذِبُوْا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذِبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ

7). Dari Ali berkata, telah bersabda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, “Janganlah kalian berdusta atas namaku, karena barangsiapa yang berdusta atas namaku maka hendaklah ia masuk neraka”. [HR al-Bukhoriy: 106, Muslim: 1, at-Turmudziy: 2660, Ibnu Majah: 31 dan Ahmad: I/ 83. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih sebagaimana di dalam shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 7437 dan Mukhtashor Shahih al-Bukhoriy: 71].

عن ابن عمر أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: إِنَّ الَّذِي يَكْذِبُ عَلَيَّ يُبْنىَ لَهُ بَيْتٌ فىِ النَّارِ

8). Dari Ibnu Umar radliyallahu anhuma bahwasanya Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya orang yang berdusta atas namaku akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di dalam neraka”. [HR Ahmad: II/ 32, 103, 144. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih. Sebagaimana di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 1694 dan Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah: 1618].

عن أبي هريرة قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: كَفَى بِالْمَـرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

9). Dari Abu Hurairah berkata, telah bersabda Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam, “Cukuplah seseorang itu berdosa bahwa ia menceritakan semua yang ia dengar”. [HR Muslim: 5 dan Abu Dawud: 4992. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih sebagaimana di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 4482 dan Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah: 2025].

Berkata al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah, “Di dalam hadits ini terdapat ancaman bagi seseorang yang menyampaikan setiap apa yang ia dengar sampai ia tahu dengan seyakin-yakinnya bahwasanya hadits atau riwayat tersebut adalah shahih. [Kitab Majruhin minal Muhadditsin: I/ 16-17 oleh al-Imam Ibnu Hibban, tahqiq Hamdi Abdul Majid as-Salafi].

عن أبي هريرة عَن رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه و سلم أَنَّهُ قَالَ: سَيَكُوْنُ فىِ آخِرِ الزَّمَانِ نَاسٌ مِنْ أُمَّتىِ يُحَدِّثُوْنَكُمْ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوْا أَنْتُمْ وَ لاَ آبَاؤُكُمْ فَإِيَّاكُمْ وَ إِيَّاهُمْ

10). Dari Abu Hurairah dari Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam, bahwasanya Beliau bersabda, “Akan ada sekelompok orang dari umatku di akhir zaman yang menceritakan (hadits) kepada kalian yang tidak pernah didengar oleh kalian dan bapak-bapak kalian. Waspadalah kalian terhadap mereka”. [HR Muslim: 6. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih sebagaimana di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir: 3667].

Wahai saudara-saudara muslimku, berdasarkan beberapa riwayat hadits di atas, dapat dipahami bahwa,

1]. Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah mengisyaratkan bahwa sepeninggalnya nanti akan ada orang-orang yang suka berkata atas nama Beliau padahal Beliau Shallallahu alaihi wa sallam sendiri tidak pernah mengatakannya.

Maka tak heran di masa sekarang ini banyak diantara umat yang mengaku-ngaku ustadz/ah, dai/ah, aa/ mamah dan yang semisalnya yang gemar mengatakan, “Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah bersabda/ berkata/ menyuruh/ melarang/ menganjurkan/ menyontohkan, melakukan ini dan itu, dan sebagainya”, padahal tidak ada satupun dalil hadits yang menjadi rujukannya. Kalau toh ada, hadits itu ternyata (di dalam ilmu hadits) dikategorikan sebagai hadits dlo’if (lemah) atau maudlu” (palsu).

2]. Ada perintah dari Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam agar waspada dari banyak menyampaikan hadits dari Beliau.

Artinya setiap muslim ketika akan menyampaikan hadits dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam maka hendaklah ia berusaha mencari tahu dulu (dari para ahli hadits) akan derajat hadits tersebut apakah termasuk hadits shahih atau tidak. Maksudnya hadits itu benar-benar dari Beliau atau hanya mengada-ada??

Mengapa???.

Jika nama kita saja dicatut oleh seseorang untuk keuntungan diri dan kelompoknya, tentu kita akan marah dan bahkan kalau perlu akan menuntutnya ke meja hijau. Lalu bagaimana jika nama Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam dicatut. Tidakkah kita marah..??

Lalu kenapa kepada para ahli hadits??? Kalau kita ingin memperbaiki apa yang ada pada kita saja kita harus datang kepada orang yang memang ahlinya. Mobil/ motor rusak, kita akan datang pada montir, rumah/ bangunan rusak, kita akan datang pada ahli bangunan, kita/ diantara keluarga kita ada yang sakit maka kita akan datang pada dokter spesialis, begitu seterusnya. Tiap-tiap sesuatu itu harus kepada ahlinya. Jadi untuk mengetahui akan keshahihan suatu hadits, ya tentu kita harus datang kepada ahlinya yaitu ahli hadits..

Sebagai umat yang berpendidikan dan berakhlak mulia, maka kita harus profesialisme yaitu mengembalikan sesuatu perkara itu kepada ahli/ profesinya. Kita tentu akan menghargai orang yang bekerja dan berbicara sesuai dengan keahliannya.

3]. Seseorang dikatakan berdusta jika ia selalu berbicara atau menyampaikan segala sesuatu yang didengar.

Di masa sekarang ini, banyak dari kaum muslimin yang suka menyampaikan ucapan-ucapan yang dianggap dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, padahal ia cuma dengar-dengar saja dari ustadz fulan dan fulan. Ia tidak mau tahu atau memang enggan mencari tahu akan keberadaan hadits tersebut. Coba jika ia bertanya kepada sang ustadz yang menyampaikan hadits tersebut akan keberadaan dan derajatnya tentu itu lebih baik untuk menguatkan keyakinannya. Sehingga ia dapat kembali menyampaikan hadits tersebut kepada keluarga atau kawannya dengan tenang tanpa keraguan.

Sebab bila ia gemar menyampaikan sesuatu yang ia dengar (tanpa mau mengetahui sumbernya) maka ia dicap oleh Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam sebagai seorang “pendusta”.

4]. Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam mengancam setiap orang yang berkata atas namanya padahal Beliau tidak pernah mengatakannya dengan mendapatkan tempat/ rumah di NERAKA. Apalagi dengan sengaja ia berdusta atas nama Beliau Shallallahu alaihi wa sallam.

Maksudnya jika ada orang yang karena kebodohannya berkata tentang sesuatu pada Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam apakah berupa ucapan ataupun perbuatan (hadits). Padahal perkataannya (yang dikutipnya) itu bukan sabda/ perbuatan Beliau karena hadits tersebut adalah hadits lemah atau palsu maka ia kelak akan masuk ke dalam neraka.

Maka bagaimana dengan orang yang sengaja berdusta atas nama Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, yaitu ia tahu hadits itu lemah/ palsu tetapi ia tetap menyampaikannya dan mengatakan kepada umat Islam sebagai sabda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam.

5]. Banyak mudlarat yang dapat ditimbulkan oleh hadits lemah dan palsu itu. Diantaranya; berbohong atas nama Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, menyebabkan terjadinya banyak tambahan dalam agama, khususnya di dalam perkara-perkara bid’ah, menyebabkan banyaknya terjadi perselisihan, perpecahan, pertikaian dan permusuhan dalam agama padahal Islam telah menganjurkan persatuan dan perdamaian, banyak di antara umat Islam yang lebih mengenal dan menghafal hadits-hadits lemah dan palsu daripada hadits-hadits shahih dan ayat-ayat alqur’an dan masih banyak lainnya.

6]. Terdapat larangan dari menyampaikan hadits lemah/ palsu. Hal ini dikarenakan untuk menjaga kemurnian agama dari campur tangan manusia di dalam menegakkan Islam. Sebab diantara keberadaannya hadits lemah dan palsu itu dikarenakan campur tangan manusia yang lemah agamanya untuk membela keyakinannya yang keliru, fanatik golongan, ingin dekat dengan para penguasa di saat itu, sengaja merusak Islam dan sebagainya. Jika setiap orang apalagi para ustadz itu dapat dengan bebasnya menyampaikan sesuatu perkara agama sesuai dengan akal logika atau hawa nafsunya tanpa dalil yang menyertainya niscaya agama kita akan rusak sebagaimana telah rusaknya agama-agama terdahulu. Kalau toh berdalil, sayangnya dalil hadits-hadits itu juga dalam keadaan cacat lantaran dikategorikan sebagai hadits lemah atau palsu. Na’udzu billah….

Wahai saudaraku, marilah kita muliakan Nabi kita Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam dengan cara membaca, mempelajari, memahami, menghafal, mengamalkan dan menyebarluaskan hadits-haditsnya yang telah tsabit dari Beliau Shallallahu alaihi wa sallam. Milikilah buku-buku hadits dan yang berkenaan dengannya sebagaimana kita mempunyai kitab suci alqur’an. Jangan hanya mendengar tanpa mau mengetahui sumber haditsnya dan jangan cuma menyampaikan tanpa mau menyebutkan asal dan derajat haditsnya…

Mudah-mudahan penjelasan ini bermanfaat dan menjadi bahan pertimbangan lain bagi kita dari sisi lain yang selama ini kita pahami dan yakini. Karena terkadang kita tidak akan melihat keberadaan kita di posisi yang mana, apakah di posisi yang salah atau benar?, jika kita tidak melihat kedudukan lainnya dan bersikap obyektif di dalam menilai kebenaran yang hakiki.

Wallahu a’lam bi ash-Showab

*DI AMBIL DARI BLOG CINTA KAJIAN SUNNAH*

Rabu, 28 Jun 2017

Mahar Perkahwinan Fatimah Binti Rasulullah SAW




Ustaz berapakah sebenarnya mahar perkahwinan anak Nabi Saw, Fatimah? Betul ker ada ustaz kata maharnya hanya seringgit? Ada pula Ustaz lain kata mahar saidina Ali hanya Qulhuwallahu ahad. Mohon jawapan dari ustaz bin sahak.

Jawapan:

TIDAK BENAR spt yg didakwa. Sebaliknya Mahar perkahwinan anak Nabi SAW Fatimah adalah bernilai diantara 400 - 480 Dirham (mata wang Perak).

Hal ini berdasarkan riwayat drpd Ibn 'Abbas RA yg berkata:

لما تزوّجَ عليٌّ فاطمة قال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أعطها شيئًا"، قال: ما عندي، قال: «أين درعك الـحُـطَـمِيّة؟

Maksudnya: "Ketikamana 'Ali ingin berkahwin dgn Fatimah. Rasulullah SAW berkata kpdnya: "berikan sesuatu kpd Fatimah (sbg Mahar)" Jawab 'Ali: "Daku tiada apa2 yg boleh diberikan kpdnya." Tanya Baginda Nabi SAW: "Mana baju besi Hutamiah milik mu?" (Riwayat Abu Daud 2118, alNasa'ie 3375, 3376 dan Ibn Hibban di dlm Sahihnya)

Baju besi Hutamiah adlh baju besi yg kuat dan kukuh sehingga mampu mematahkan pedang yg berlaga dgnnya. Ini menggambarkan kpd kita nilai dan kualiti baju besi yg diminta oleh Rasulullah SAW kpd 'Ali sbg mahar perkahwinan anak baginda.

Terdapat riwayat dr seorg Tabi'ie bernama 'ilbaa' bin Ahmar (علباء بن أحمر) yg menyatakan nilai baju besi tersebut adlh sebanyak 480 Dirham, dan Nabi SAW memerintahkan dgn sabda baginda:

اجعل ثُلُثيه في الطيب، وثلثًا في المتاع

Maksudnya: "Jadikan 2/3 drpdnya wangian dan 1/3 drpdnya barang2an." (Ibn Sa'ad dlm alTobaqaat 10/20,22, Abu Ya'la dalam Musnadnya 353)

AlTabarani juga meriwayatkan drpd Abd alAziz bin Abi Ruwad yg merupakan salah seorg Kibar Atba' Tabi'ien dgn sanad yg Hasan, bahawa baju besi Ali bernilai 480 dirham (alMu'jam alAwsath 2870)

Hal ini dikuatkn lagi dgn khutbah Umar yg berkata:

أَلا لا تُغْلُوا صُدُقَ النِّسَاءِ ، فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِي الدُّنْيَا وَتَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ ، كَانَ أَوْلاكُمْ بِهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مَا زَوَّجَ أَحَدًا مِنْ بَنَاتِهِ وَلا تَزَوَّجَ أَحَدًا مِنْ نِسَائِهِ بِأَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً

Maksudnya: "Janganlah kamu semua meninggikan mahar wanita, jika ia satu kemuliaan di dunia atau satu ketaqwaan di sisi Allah, maka yg lebih berhak dgnnya adlh Muhammad SAW, namun tidaklah baginda mengahwinkan salah seorg puteri baginda, tidak juga baginda mengahwini salah seorg isteri baginda lebih dr 12 Awqiah." (Abu Daud 2099, alTirmizi dan beliau menilainya sbg Sahih 1114)

1 Awqiah adalah bersamaan 40 dirham. Maka 12 Awqiah didarap 40 = 480 dirham.

Berapakah nilai 480 dirham tersebut?

Nisab bagi zakat perak ialah apabila memcecah 200 dirham. Nisab ini tiada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama.

1 Dirham Syar'ie pula bersamaan 7/10 mithqal, lebih kurang 3 g. (Lihat alMausu'ah alFiqhiyyah 23/264)

Harga 1 gram perak hari ini, menurut http://www.livepriceofgold.com/silver-price/malaysia.html ialah RM2.31. Maka 480×3×2.31 = 3,326.4

Justeru mahar perkahwinan Fatimah binti Rasulillah SAW pd nilai hari ini 28/6/2017 ialah lebih kurang RM3,326.40

WA






Ustaz Abdul Kadir Bin Sahak FB

Isnin, 12 Jun 2017

Koleksi HADITH SHAHIH: LAILATUL-QADAR.



Koleksi HADITH SHAHIH: LAILATUL-QADAR.

Antara hadis-hadis berkenaan LAILATUL-QADAR :

Hadis 1:
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul-Qadar pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

Hadis 2:
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha pula, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)

Hadis 3:
Dari Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:

هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

“Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (HR. Muslim no. 762)

Hadis 4:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ -أَيْ: اَلْعَشْرُ اَلْأَخِيرُ مِنْ رَمَضَانَ- شَدَّ مِئْزَرَهُ, وَأَحْيَا لَيْلَهُ, وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174)

Hadis 5:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إَيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barang siapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari no. 4/217 dan Muslim 759)

Hadis 6:
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :

كَانَ رَسُوْلُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِيغَيْرِهَا

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam ke-10 (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” (HR Muslim no. 1174)

Hadis 7:
Dari hadis Abu Hurairah, beliau berkata:

عَنِ النَّبِيِّ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ, وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari (2/709 no.1910, 2/672 no.1802, 1/21 no.35), Muslim (1/523 no.760)

Sudah siap sediakah kita untuk memburu malam yang dijanjikan oleh Allah dimana setiap amalan malam Lailatul Qadar akan dikira dengan 1000 bulan bersamaan dengan 83 thn 4 bulan.

Marilah kita sama-sama berazam untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar ini kerana kita tidak pasti adakah kita akan bertemu lagi malam Lailatul Qadar pada tahun hadapan. Banyakkan berdoa dan kuatkan azam untuk mengapai malam Lailatul Qadar malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang mengetahui kehebatan dan keistimewaan malam tersebut. Jangan sia-siakan usia kita dengan menangguhkan untuk beribadat dan melakukan amal soleh. Jangan. Ingatlah bahawa Firman Allah Ta’ala :

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. [Al Jumu’ah:8].

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah bagi peluang untuk membuat kebaikan namun kita sia-siakan dan terus menangguh-nangguh sehinggalah ajal menjemput kita. Wallahua'lam.

#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

SUNNAH YANG DILUPAKAN: ZIKIR SELEPAS WITIR.



SUNNAH YANG DILUPAKAN: ZIKIR SELEPAS WITIR.

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِـ { سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } وَ { قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ } فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ " . ثَلاَثَ مَرَّاتٍ .


Daripada Ubay bin Ka'ab r.a: Rasulullah s.a.w akan membaca dalam solat witir surah Al-A'la, Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Selepas memberi salam baginda akan menyebutkan: 'Subhanal Malikil Quddus' (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali.
[Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar,hadis no: 1729].

Dalam riwayat lain, daripada Abdul Rahman bin Abza r.a:

وَيَرْفَعُ بِـ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ " . صَوْتَهُ بِالثَّالِثَةِ

Baginda s.a.w menguatkan suara ketika membaca Subhanal Malikil Quddus pada kali yang ketiga. [Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, no: 1733]

Dalam riwayat lain:

يَمُدُّ صَوْتَهُ فِي الثَّالِثَةِ ثُمَّ يَرْفَعُ

Baginda memanjangkan suaranya dan meninggikan suaranya pada bacaan kali yang ketiga.
[Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, no: 1753]

Imam an-Nawawi berkata:

يستحب أن يقول بعد الوتر ثلاث مرات " سبحان الملك القدوس "

Disunatkan untuk menyebut selepas witir sebanyak tiga kali 'Subhanal Malikil Quddus'.
[Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 3, m/s 508]

Wallahua'lam.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Benarkah Nabi s.a.w dan para sahabat berperang sambil berpuasa?



Soalan: Ramai penceramah ketika menerangkan semangat puasa mereka menyatakan bahawa lihatlah Nabi s.a.w dan para sahabat tetap berpuasa sekalipun dalam peperangan dan baginda menyuruh mereka berpuasa supaya mendapat pertolongan Allah. Benarkah demikian? –Amin KB


Jawapan: ya, soalan ini sering ditanya kepada saya kerana terdapat ramai penceramah yang menyebut begitu, kata mereka yang bertanya. Untuk menjawab soalan ini;

1. Mari kita baca hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri:

سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ، قَالَ: فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ» فَكَانَتْ رُخْصَةً، فَمِنَّا مَنْ صَامَ، وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ، ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ، فَقَالَ: «إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ، فَأَفْطِرُوا» وَكَانَتْ عَزْمَةً، فَأَفْطَرْنَا
“Kami bermusafir bersama Rasulullah s.a.w ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah) dalam keadaan berpuasa. Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan buka puasa itu lebih kuat untuk kamu". (Kata Abu Said al-Khudri) : “Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah". (Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu (perintah) wajib maka kami pun berbuka.

2. Dalam riwayat Jabir r.a:
إنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى مَكَّةَ عَامَ الفَتْحِ، فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الغَمِيمِ، وَصَامَ النَّاسُ مَعَهُ، فَقِيلَ لَهُ: إِنَّ النَّاسَ قَدْ شَقَّ عَلَيْهِمُ الصِّيَامُ، وَإِنَّ النَّاسَ يَنْظُرُونَ فِيمَا فَعَلْتَ، فَدَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ بَعْدَ العَصْرِ، فَشَرِبَ، وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ إِلَيْهِ، فَأَفْطَرَ بَعْضُهُمْ، وَصَامَ بَعْضُهُمْ، فَبَلَغَهُ أَنَّ نَاسًا صَامُوا، فَقَالَ: أُولَئِكَ العُصَاة

“Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghamim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya. Orang ramai masih menunggu. Ada yang berbuka, ada juga yang masih berpuasa. Apabila sampai berita kepada baginda bahawa ada orang yang masih berpuasa, baginda bersabda: “mereka itu derhaka” (Riwayat Muslim, al-Nasai, al-Tirmizi dll, lafaz ini lafaz al-Tirmizi).

3. Ertinya dakwaan Nabi s.a.w menyuruh sahabat-sahabat berpuasa semasa perang adalah tidak benar. Para penceramah hendaklah berhati-hati ketika menyebut sesuatu fakta berhubung dengan Nabi s.a.w

DR MAZA.

Halaman