Sabtu, 27 Ogos 2011

Cerita Ramadhan 2011 / 3

Assalamualaikum...

Dalam dua tiga hari lagi isyallah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, bagi aku untuk tahun nie dan tahun lepas memang x ada apa2 bagi aku, aku x dapat rasakan keseronokan sambutan hari raya seperti dulu, ini aku rasakan selepas kematian ibu aku. dan utk makluman abah aku pon dah meninggal juga tapi dah lama dah. ( aku nie kira anak yatim piatu la..) jadi ini masuk tahun kedua aku tak balik kampung dan hanya beraya di Kajang rumah aku sendiri. dan mungkin kerana itu aku tidak minat membaca blog yang menceritakan tentang hari raya ker, cerita balik kampung ker, main mercun ker atau sebagainya lah... pedih woooooo..... satu masa nanti korang paham la...

Oleh itu saya Muhamad Muniff & keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan2 bloger, FB & dari mana jua anda berada. kalau nak balik kampung 2 berhati- hati di jalan raya jgn lupa kim salam dgn mak bapak korang..

Tiada ulasan:

Halaman