Rabu, 7 Julai 2010

TAZKIRAH KAT OPIS AKU 2 (sambungan minggu lepas)

Pemuda kedua menceritakan bagaimana dia merupakan seorang pemuda yang kacak dan mempunyai kemewahan harta benda. Dia meminati seorang gadis yang muda dan cantik lalu cuba menggodanya. Sayang, cintanya bertepuk sebelah tangan. Satu masa kampung mereka dilanda musim kemarau yang menyebabkan haiwan peliharaan dan tanam-tanaman mereka mati. Selain itu berlaku kebuluran dan kekurangan makanan yang dahsyat. Orang-orang miskin ramai yang mati kerana kelaparan dan penyakit berjangkit. Pada masa inilah gadis yang diminatinya itu datang merayu bantuan dan pertolongan. Pemuda ini mengira inilah masa yang sesuai untuk dia menambat hati gadis tersebut. Pemuda ini setuju membantu tetapi dengan syarat gadis tersebut bersedia menyerahkan diri bagi memuaskan nafsu syahwatnya. Tanpa banyak soal dan kerana terlalu perlukan makanan bagi meneruskan hidup gadis itu bersetuju..Tiba pada saat yang dijanjikan dan setelah semua pakaian terlucut dari badan dan syaitan terus menggoda mereka untuk berzina, Tiba2 gadis tersebut bangun dan menjerit kepada pemuda berkenaan,"Tak takutkah kamu kepada ALLAH?", tersentak dan terkejut bertukar menjadi takut kepada kemurkaan Allah, rupa2nya kalimah tersebut mengingatkan pemuda beerkenaan kepada Allah, masih ada lagi iman pada dadanya walaupun di saat peluang zina terbentang depan mata, Takut kepada kemurkaan Allah dan takut dicampak ke dalam api neraka terus pemuda beriman itu membatalkan niat untuk berzina, setelah gadis tersebut berpakaian lalu ia berikan makanan sebagaimana dikehendaki.

"Ya Allah, kalaulah apa yang aku lakukan ini satu kebaikan bantulah kami dan lepaskanlah kami dari musibah ini, Alhamdulillah terbuka sedikit pintu gua berkenaan tetapi mereka masih belum dapat keluar.

Pemuda ketiga menceritakan tetntang dirinya sebagai seorang majikan yang mempunyai ramai pekerja. Satu masa salah seorang pekerjanya hilang tak dapat dikesan tanpa mengambil gajinya pada bulan tersebut. Dengan penuh amanah dan meyakini bahawa gaji tersebut adalah milik mutlak pekerja tersebut, ia belikan beberapa pasang kambing yang akhirnya berkembang biak begitu banyak. Beberapa puluh tahun kemudian datang seorang lelaki berjumpa dengannya dan meminta gaji sebulan yang dia tidak ambil dulu. Majikan tersebut menunjukkan pada ribuan kambing di padang, itulah milik kamu hasil dari gaji sebulan itu aku belikan kambing yang membiak sehingga hari ini. Dengan penuh syukur pekerja tersebut berterima kasih berkali-kali kepada majikannya.

"Ya Allah, kalaulah ini satu kebaikan, lepaskanlah kami dari bencana yang menimpa, Alhamdulillah Allah mendengar doa dan memakbulkan permohonan mereka.Amalan baik mereka tidak ada yang disia2kan Allah semuanya memberi syafaat dan pertolongan yang dapat melepaskan mereka dari musibah yang menimpa".

Sebagai pemimpin, kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah atas apa yang kita lakukan. Kita kena tanggung dan kita kena jawab. Oleh itu berbuatbaiklah, hormatilah,sayangilah pekerja dan orang di bawah kita. Allah tidak memandang seseorang berdasarkan paras rupa, harta kekayaan dan pangkat seseorang tetapi Allah menilai manusia mengikut hati dan amalan masing2. Ingatan Nabi s.a.w "Sayangilah makhluk di bumi nescaya kamu akan disayangi makhluk di langit".



Jamali bin MOhd Adnan
Ketua Unit Agama

jamali@prison.gov.my


Tazkirah diadakan setiap Jumaat bermula jam 8.35 pg. Semua dijemput hadir.

Tiada ulasan:

Halaman